Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hanya Bermodalkan RM10 Ringgit Sahaja, Lelaki Ini Boleh Beli Ikan Patin Tempoyak & Kuih Di Bazar Ramadan Di Kelantan

Hanya Bermodalkan RM10 Ringgit Sahaja, Lelaki Ini Boleh Beli Ikan Patin Tempoyak & Kuih Di Bazar Ramadan Di Kelantan

Kategori:

Dah masuk bulan Ramadan ni, bazar ramadan lah tempat yang paling kita suka kunjungi kerana pelbagai makanan yang dijual. Boleh membuat kita rambang mata dan beli sahaja apa yang ada kerana ketika itu kita sedang lapar.

Jadilah seperti lelaki Kelantan ini, hanya menggunakan RM10 ringgit sahaja, beliau dapat membeli ikan patin tempoyak dan kuih di bazar ramadan di Kelantan.

Hanya Bermodalkan RM10 Ringgit Sahaja, Lelaki Ini Boleh Beli Ikan Patin Tempoyak & Kuih Di Bazar Ramadan Di Kelantan

Challenge ini dikongsikan oleh cujaang di media sosial TikTok beliau dan membuatkan netizen ingin melancong ke Negeri Kelantan.

Seperti kita tahu, negeri Kelantan adalah tempat syurga makanan dan bukan itu sahaja, ke semua makanan yang dijual sangat murah. Harganya berbeza jauh dari negeri-negeri lain dan wajarlah untuk singgah ke bazar ramadan di negeri Kelantan ini.

bazar ramadan di Kelantan

Beliau menunjukkan suasana di bazar ramadan Kelantan yang terletak di Stadium Kota Bharu. Pelbagai makanan yang dijual di situ yang membuatkan netizen makin rasa lapar pada bulan ramadan ini.

Antara makanan yang dijual adalah:

bazar ramadan di Kelantan
Nasi Kukus Menu Rahmah yang dijual dengan harga RM5 ringgit sahaja!

bazar ramadan di Kelantan

Beliau membeli ikan patin tempoyak dengan harga RM6 ringgit sahaja satu bekas platik. Manakala, dengan tambahan nasi putih dengan berharga RM2 ringgit sahaja! Murah gila!

bazar ramadan di Kelantan

Antara pemanis mulut lain yang dijual adalah donut viral. Donut viral ini mempunyai pelbagai topping yang diletakkan di atas donut itu. Antaranya ialah chocolate, cheese, peanut butter dan strawberry. Harga yang dijual hanyalah RM2 hingga RM3 ringgit sahaja.

bazar ramadan di Kelantan

Selain itu, tak sah kalau bulan ramadan ini air cendol tak dijual. Air cendol Pak Cik ini sangat viral di negeri Kelantan dan dikatakan sebelum ini beliau selalu menjual di Mydin Kubang Kerian, Kelantan. Boleh dah slow-slow start kereta pergi ke Kelantan untuk jalan makan-makan

bazar ramadan di Kelantan

Ayam korea juga turut dijual di bazar ramadan ini dan bukan itu sahaja, ramen da ayam cheese juga ada dan hanya RM10 sahaja satu bekas.

bazar ramadan di Kelantan

Air Kelapa yang dicampur dengan air gula juga turut dijual dengan harga RM5 sahaja dan ianya boleh diminum satu keluarga. Air soya juga ada dan sangat berlemak, boleh hilangkan dahaga pada waktu berbuka nanti.

bazar ramadan di Kelantan

Ini adalah Kuih Cara Berlauk yang mempunyai inti daging. Daging dan rempah yang membuatkan kuih ini agak pedas tapi sangat sedap! Tapi, kuih cara berlauk ini haruslah dimakan terus pada hari yang sama kerana ianya cepat basi.

bazar ramadan di Kelantan

Bermacam kuih-muih yang dijual di sini dan harga yang dijual RM1 hingga RM5 ringgit sahaja! Murah dan sangat murah!

bazar ramadan di Kelantan

Ini adalah antara kuih tradisional Kelantan yang sangat sedap iaitu Kuih Ulat Bulu. Pelik kan dengan nama kuih ini? Ianya dipanggil seperti itu kerana teskturnya yang disalut dengan parut kelapa. Ianya sama sahaja seperti buah melaka atau kuih onde-onde cuma bentuk dan intinya sahaja berbeza.

bazar ramadan di Kelantan

Di semua bazar ramadan kita akan jumpa ayam golek. Tapi pernah tak anda berfikir, kenapa ayam golek ini viral ketika bulan ramadan sahaja? Pelik tapi benar kan?

bazar ramadan di Kelantan

Kesimpulannya, beliau hanya membeli ikan patin tempoyak, nasi putih dan kuih ulat bulu sahaja. Dengan harga RM10 ringgit itu, beliau dapat berbuka puasa dengan kenyang. Alhamdulillah.

@cujaang Next mano eh 🤔 #kelantanese #kelate #kb ♬ Ramadhan Tiba – Opick

Ya Allah, Nok Kelik (Nak Balik)

Menerusi di ruangan komen, ramai anak Kelantan yang berada di perantauan nak balik ke Kelantan. Ada juga yang memberi cadangan kepada lelaki ini mencuba makanan-makanan lain yang dijual di situ.

bazar ramadan di Kelantan bazar ramadan di Kelantan

Bolehlah anda berkunjung ke Negeri Kelantan ini kerana tempat inilah syurga makanan. Anda juga boleh berkunjung ke tempat lain, seperti Wakaf Che Yeh yang menjual pelbagai baju raya dan bermacam lagi.

Tunggu apa lagi, datang sekarang!

Kredit: cujaang

Baca Juga: Wanita Kongsi Resepi Solok Ikan Dari Mentua, Memang Laku Keras Bila Niaga Di Bazar Ramadan Setiap Kali Puasa!

tags: | |