Mengenai asid folik ini pastinya semua sudah sedia maklum kepentingannya. Asid folik ini adalah suplemen tambahan yang penting dalam perancangan mendapat zuriat. Ianya bukan sahaja perlu di ambil oleh isteri tetapi suami juga digalakkan untuk mengambil asid folik ini.
Walaupun hal tersebut sudah diwar-warkan oleh pakar namun masih ada yang kurang cakna mengenai keperluan pengambilannya dan hanya menunggu sampai anak selamat dilahirkan.
Rata-rata para ibu bapa terkilan setelah berlakunya komplikasi terhadap kesihatan bayi mereka, dan ianya adalah berpunca dari tidak memakan asid folik. Namun apakan daya nasi sudah menjadi bubur, mungkin peringatan daripada pakar perubatan di bawah akan meluaskan kefahaman anda semua.
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, beliau ada nyatakan dalam Twitternya keadaan bayi yang mengalami ‘Spina Brida’ dan sememangnya beliau berasa sangat sedih dengan keadaan bayi tersebut. Spina Brida ini adalah salah satu masalah kesihatan melibatkan pembentukan tulang belakang akibat keculasan ibu dalam mengambil asid folik mengikut keperluan.
Kebanyakkan daripada mereka yang menghadapi masalah ini adalah kerana mereka hanya mengharapkan sumber vitamin daripada buah atau sayuran sahaja. Tetapi sumber vitamin dari buahan atau sayuran sahaja adalah tidak cukup. Malah suplemen ini jauh lebih berkesan dalam mengurangkan risiko kecacatan bayi anda.
Selain masalah tunjang terkeluar di tulang belakang, terdapat juga beberapa risiko atau komplikasi lain yang boleh terjadi. Antaranya adalah pembentukan lubang pada kepala yang mana otak akan keluar melalui ruang sama. Bayi anda juga berisiko untuk lahir tanpa otak atau pun tempurung kepala.
@dr.samhanReply to @niszr folic acid♬ original sound – Dr. Samhan
@dr.samhan Reply to @niszr folic acid
Semoga bermanfaat dan dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya asid folik untuk tumbesaran bayi. Apa pun dengar nasihat pakar atau pun doktor.
Kredit: Ahmad Luqman Bukhari & Dr samhan
Baca juga: Mata Terjojol Tiada Tulang Kepala, Remuk Hati Seorang Ibu Apabila Bayinya Tiada Tempurung Sebab….