Akhir-akhir ini, masih timbul persoalan yang terus menerus bahkan hal ini sebenarnya sudah lama membarah. Ia berkenaan restoran makanan segera dan perdebatan mengenai hal ‘self service’ dalam kalangan masyarakat.
Sekali lagi, hal ini tular dengan pelbagai pandangan. Ini apabila satu hantaran di laman TikTok tular dan hangat dibincangkan netizen apabila video itu menyatakan bahawa mengemas meja selepas makan adalah tidak patut bagi pelanggan kerana mereka sudah membayar caj service tax yang sudah disekalikan di dalam resit.
Jadi, untuk menjelaskan fakta tentang service tax dan service caj ini, gadis yang bekerja sebagai pekerja F&B ini tampil menjelaskan dan menerangkan tentang bayaran tambahan yang perlu dikeluarkan oleh pelanggan. Menurutnya, service tax dan service caj adalah dua perkara yang amat berbeza.
“Kalau korang pergi dekat McD misalnya, dia hanya ada service tax, tak ada service caj. Sebab tu korang punya sampah-sampah, makanan korang ambil sendiri. Sampah korang buang sendiri. Meja korang kemas sendiri.
“Kami tak dibayar untuk serve korang, kami tak dibayar untuk bersihkan sampah korang. Kami dibayar untuk menyediakan makanan korang. Faham sampai sini?
“Tapi kalau kedai lain, contoh yang ada servis caj macam Chicken Rice Shop, macam Kfry, macam Kyochon yang korang tengok dia punya resit memang ada servis caj. Servis caj tu memang dibayar untuk pekerja serve makanan korang.
“Makanan tu, makanan dia hantar dekat korang. Ambil order. Kalau korang beli dekat KFC, McD semua tu, korang yang gi kaunter sendiri pergi order kan. Kami tak dibayar untuk serve customer,” katanya dalam penerangan terbabit.
Menurutnya lagi, service tax adalah caj yang dikenakan kerajaan manakala service charge barulah dicaj oleh restoran. Netizen yang mempertahankan service tax sebagai caj upah pekerja mengalami kesalahfahaman dalam hal itu. Gadis itu juga menambah, bukan semua restoran makanan segera mengenakan servis charge demikian.
Melihat kepada komen netizen, pelbagai reaksi dilontarkan mereka. Ada yang setuju malah ada juga yang berbeza pendapat.
“I akan ingat pesan ayah I je. Kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan kerja kita In Shaa Allah. Buat je, and I didik anak-anak buat juga,” kata seorang netizen berkongsi pandangan.
“Tapi jangan lah kemas kat fast food je. Kedai-kedai makan tepi jalan nanti jangan lupa kemas juga tau lepas makan. Dorang lagi lah tak ada kenakan tax,” ujar Zack.
Semoga kita sentiasa ada empati. Mengemas meja selepas makan juga adalah satu adab, ia bukan sekadar tindakan.
Sumber: Lellullizms