Fakta yang sudah ramai tahu, sememangnya wanita seorang makhluk yang pelik dan unik. Kalau bergaduh dengan perempuan, lelaki pasti akan kalah walaupun sebenarnya lelaki tidak salah. Sesetengah wanita juga ada satu tabiat yang memeningkan lelaki iaitu selalu tidak menghabiskan makanan yang dipesan.
Seperti yang berlaku menerusi satu video perkongsian di TikTok, gadis bernama Ivana sedang makan bersama kekasihnya di sebuah restoran. Tapi, dia tidak mampu untuk menghabiskan makanan lalu menghulurkan pinggan miliknya kepada lelaki berkenaan tanpa rasa bersalah.
Lalu, lelaki itu ambil makanan itu untuk mengelakkan pembaziran sambil menunjukkan reaksi muka yang geram dan siap sendawa besar. Malah dia juga sempat berseloroh merasa dirinya sudah menjadi seperti tempat pembuangan sampah.
Video yang sudah meraih lebih 3 juta tontonan itu telah mendapat pelbagai komen yang melucukan. Rata-rata mereka cukup terhibur melihat reaksi lelaki tersebut yang pasrah terpaksa habiskan makanan.
Sumber: TikTok ivanameylanda