Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Setiap Kali Makan-Makan, Dia Orang Paling Concern”, Rakan Baik Dedah Sikap Sebenar Siti Sarah

“Setiap Kali Makan-Makan, Dia Orang Paling Concern”, Rakan Baik Dedah Sikap Sebenar Siti Sarah

Kategori:
bff dedah sikap baik siti sarah

Berita pemergian Siti Sarah, isteri kepada Shuib pastinya mengejutkan ramai orang. Pemergiannya bukan sahaja dirasai oleh keluarga terdekat malah seluruh rakyat Malaysia merasainya. Malah sejak kematiannya pada pagi tadi, laman sosial dibanjiri dengan pelbagai kisah baik mengenai Allahyarhamah.

Arwah seorang yang sangat prihatin

Terbaharu, rakan baik kepada arwah turut mendedahkan sikap arwah yang sangat concern akan orang lain. Dalam video berkenaan menyaksikan mereka ketika itu sedang menyambut hari lahir Siti Sarah.

Kelihatan Siti Sarah begitu sibuk berjalan bagi menghulurkan makanan kepada orang lain walaupun itu adalah majlis makan-makan sempena ulang tahun dirinya.

Malah pemuda berkenaan juga turut mendedahkan bahawa arwah merupakan seorang yang sentiasa positif dan suka memberi semangat kepada orang lain. Bukan itu sahaja, arwah juga sering bertanya keadaan masing-masing.

Bila lama menyepi, Siti Sarah bertanya khabar

Cerita pemuda ini lagi, ketika dia menyepi kerana sibuk bekerja, Siti Sarah tidak pernah lupa untuk bertanyakan khabar melalui Instagram. Dalam masa yang sama, pemuda ini turut meluahkan rasa rindu terhadap Siti Sarah yang mana sudah menganggapnya sebagai seorang kakak.

 

Sumber: Twitter LeAlterEgo

 

tags: