Ikan kembung biasanya digoreng untuk masak lemak cili api, masak merah atau kicap. Kali ini resepi ikan kembung halia berkuah pasti sedap dengan halia dan bawang dapat menaikkan lagi aroma hidangan ni. Inilah resepi yang anda patut cuba.
Kalau bosan dengan ikan kembung yang sama, cubalah rasa resepi hidangan ni. Ada beberapa bahan yang diperlukan tetapi takdelah susah untuk membuatnya.
Resepi Ikan Kembung Masak Halia Berkuah
Bahan-bahan:
- 3 – 4 ekor ikan kembung
- 8 biji cili padi – diketuk atau dibelah 2
- 3 ulas bawang merah – ditumbuk lasar atau diblender
- 2 ulas bawang putih – ditumbuk kasar atau diblender
- 1/2 lobak merah – dipotong bulat
- 1 biji tomato sederhana besar dipotong 6
- 1 biji bawang besar – dipotong 4 dan dicerai kelopaknya
- 1 inci halia – hiris nipis seperti mancis
- 1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
- 1/4 lada benggala – dipotong kecil
- 1/2 sudu kecil pati ayam
- 1/2 cawan air
- Sedikit kicap
- Sos tomato, sos cili, dan sos tiram
- Sedikit garam dan gula
Cara-cara Memasak
- Perap ikan dengan garam, serbuk kunyit, sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.
- Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tadi, selepas tu bila dah nampak garing ketepikan. Tumis bahan yang telah diblender tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
- Kemudian masukkan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. Selepas itu kacau sebatikan. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. Kacau rata.
- Apabila dah nampak mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
- Akhir sekali masukkan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. Kemudian kacau rata dan sesuaikan dengan selera anda.
Bilangan ikan kembung itu berdasarkan bilangan ahli keluarga anda. Dengan halia dan bawang pasti menaikkan bau masakan jadi lebih sedap. Kalau makan dengan budu pasti lagi sedap bagi mereka yang suka. Selamat mencuba.
Kredit: Norzianah Osman
Baca Juga: Resepi Gulai Ikan Kembung Versi Utara, Gulainya Sedikit Pekat & Sedikit Masam. Memang Sedap!