Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Bihun Goreng Singapore Style Che Nom, Resipi Yang Cukup Simple & Menyelerakan

Cara Buat Bihun Goreng Singapore Style Che Nom, Resipi Yang Cukup Simple & Menyelerakan

Kategori:

Bihun Goreng Singapore sangat enak apabila disajikan sebagai sarapan pagi buat keluarga. Taburan telur dadar yang dihiris halus menjadi pelengkap menu ini.

Rasanya agak light dan penggunaan lada hitam memberi kelainan yang tersendiri. Warnanya pula cerah putih berbanding bihun yang biasa kita makan.

Untuk masak bihun goreng Singapore dengan cara yang mudah dan pasti mengancam, jom layan resipi lengkap dari Che Nom.

Resipi Bihun Goreng Singapore

Bahan tumbuk halus :

  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering

Bahan rencah lain :

  • Sedikit isi ayam
  • 3 keping fishcake
  • 1 mangkuk udang
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 1 ketul kiub ikan bilis
  • I bungkus bihun, yang dah direndam
  • Karot
  • Kubis
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kicap cair
  • Kuchai
  • Sedikit gula jika perlu

Bahan untuk telur dadar :

  • 1 biji telur
  • Sedikit garam

Bahan hiasan :

  • Cili
  • Kicap
  • Hirisan limau nipis/kasturi
  • Hirisan cili merah
  • Bawang goreng

Cara penyediaan :

  1. Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.
  4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
  5. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti karot, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
  6. Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
  7. Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar

Selamat mencuba.

Baca juga: Resepi Bihun Sup Chinese Style Paling Mudah, Sedapnya Makan Hujan-Hujan Macam Ni

tags: