Menjadi seorang pelayan restoran adalah tanggungjawab beliau untuk mengambil pesanan pelanggan dan menghantar makanan kepada mereka. Kadang-kadang, ada pelayan tak perlu tulis di kertas pesanan dan hanya ingat sahaja di dalam fikiran mereka.
Namun, lain pula sketsa yang terjadi oleh pelayan ini apabila beliau lupa mana satu air kurang gula dan tindakan beliau itu membuatkan orang sekeliling tenganga.
Sketsa ini dilakonkan oleh nl.celuptepung iaitu tuan kedai celup tepung itu sendiri. Ini adalah tujuan pemasaran untuk kedai mereka dan boleh disaksikan di sekeliling kedai itu sangat meriah.
Tapi apa yang melucukan sketsa ini adalah beliau berlakon sebagai pelayan itu boleh pula terlupa mana satu air ‘Coconut Shake’ yang kurang manis. Cara beliau ingin mengetahui yang kurang manis itu pula buatkan pelanggan tercengang tiba-tiba.
Boleh pula beliau membuka kedua-dua penutup air coconut shake itu dan terus rasa mana satu yang kurang manis. Boleh pula beliau terfikir seperti itu tapi yang kelakarnya ialah apabila pelanggan yang sebenar tenganga mulut beliau melihat pelayan ini.
Mungkin beliau tidak tahu bahawa mereka sedang melakonkan sketsa lawak ini.
Mana tidaknya, boleh terkejut beliau aksi yang dilakukan oleh lelaki terbabit buatkan beliau bimbang untuk makan di kedai itu.
@nl.celuptepung Part Last Tu Betul-betul Bukan Dirancang 😂 #nlceluptepungbirapata #celuptepungpenarik #pantaipenarikterengganu
@nl.celuptepung Part Last Tu Betul-betul Bukan Dirancang 😂 #nlceluptepungbirapata #celuptepungpenarik #pantaipenarikterengganu ♬ Ylang Ylang – FKJ & ((( O )))
Menerusi di ruangan komen, ramai netizen bertanya jika pak cik itu sedar atau tidak bahawa ini hanyalah lakonan semata-mata.
Namun, jangan risau. Tidak akan ada pelayan yang akan melakukan seperti ini untuk mengesahkan makanan atau minuman anda. Mereka akan hantar makanan atau minuman yang baru untuk anda dan sentiasa menjaga kebersihan kedai mereka.
Kredit: nl.celuptepung