Dah banyak kita dengar tentang kisah lucu sepanjang majlis hari jadi ini. Terutama sekali telatah anak kecil yang mencuba untuk meniup lilin hari jadi walaupun bukan hari jadi mereka. Ada juga yang memaparkan cerita sedih di sebalik kegembiraan hari jadi, namun pada hari itu lah kita haruslah menjadi insan yang gembira.
Ini antara ragam anak-anak bila setiap kali hari jadi, adik kepada ‘birthday boy’ ini mengamuk tak dapat tiup lilin hari jadi. Walaupun yang sebenarnya, bukan hari jadi beliau.
Perkongsian video ragam anak-anak ini dikongsikan oleh Yann Yeonin di laman media sosial TikTok beliau. Dikatakan, ini adalah sambutan hari jadi untuk anak mereka yang nombor dua.
Tapi, ada perkara yang kelakar terjadi apa ‘birthday boy’ terus tiup lilin hari jadinya kerana tahu adiknya akan mencuba tiup lilin itu.
Apabila tak dapat meniup lilin abangnya, terus beliau menangis dan terus dipujuk abangnya. Abang sulong beliau terus menyalakan api di lilin supaya adiknya berhenti menangis.
Ramai netizen puji sikap kesabaran kedua abangnya itu kerana tidak melenting sedikit pun dengan perangai adiknya yang manja itu.
@yann_yeonin Ragam anak2 bila nampak lilin bday be like 🤭 Bday Angah Adik yg excited nk tiup lilin… Angah pun saja nk menyakat adik 😂😂 #birthdaycandle #birthdayboy #siblings #mykids
@yann_yeonin Ragam anak2 bila nampak lilin bday be like 🤭 Bday Angah Adik yg excited nk tiup lilin… Angah pun saja nk menyakat adik 😂😂 #birthdaycandle #birthdayboy #siblings #mykids ♬ Oh No – Kreepa
Menerusi di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pendapat bahawa abang-abang anak ini sangat matang dan bijak mengatasi masalah yang datang tiba-tiba.
Semoga adik ini sentiasa mengenang jasa abang-abang beliau hanya sabar sahaja melihat celoteh adiknya ini. Ibu bapa mereka juga wajar diberi ‘tabik spring’ kerana pandai mengajar anak-anaknya supaya menjadi seorang yang penyabar.
Kredit: Yann Yeonin