Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Barang Lejen Kembali Menambat Hati, Biskut Hup Seng Raih Manfaat Pilihan Ganti Produk Diboikot

Barang Lejen Kembali Menambat Hati, Biskut Hup Seng Raih Manfaat Pilihan Ganti Produk Diboikot

Kategori:
Hup Seng

Hup Seng Industries Bhd (Hup Seng) dijangka meraih manfaat sebagai pengeluar makanan tempatan, mendapat rangsangan daripada peningkatan gerakan boikot Israel.

Dalam satu nota penyelidikan, BIMB Securities Research berkata, meskipun harga jualan meningkat, lonjakan permintaan kepada produk tempatan dijangka memberi isyarat positif kepada Hup Seng.

Barang Lejen Kembali Menambat Hati, Biskut Hup Seng Raih Manfaat Pilihan Ganti Produk Diboikot

“Tinjauan positif ini terus disokong oleh komitmen Hup Seng terhadap pengurusan kos yang cekap melalui inisiatif kemampanan mereka iaitu dengan mengurangkan kos bahan api, meminimumkan sisa dan pengurangan pelepasan karbon,” katanya.

Pada suku ketiga tahun lepas pada 2023, Hup Seng mencatat peningkatan dalam pendapatan dan keuntungan bersih, masing-masing kepada 34.2 peratus dan 238.8 peratus tahun ke tahun.Hup Seng

Prestasi positif itu didorong terutamanya oleh jualan domestik yang mengukuh merentasi semua segmen berjumlah RM22.4 juta, mewakili lonjakan sebanyak 41 peratus.

Selain itu, jualan eksport berkembang positif sebanyak 10 peratus (RM1.6 juta), terutamanya dari Thailand dan Singapura.

Hasil suku ke suku juga mencatat peningkatan ketara sebanyak 16 peratus, tanpa adanya kesan bermusim seperti yang dialami pada suku sebelumnya.

Catat Peningkatan Ketara Sebanyak 16%Hup Seng

Namun begitu, keuntungan sebelum cukai mencatatkan lonjakan tahun ke tahun yang ketara sebanyak 230 peratus, terutamanya disebabkan oleh peningkatan kos input, walaupun harga jualan lebih tinggi.

“Kami mengubah unjuran pendapatan tahun kewangan 2023 hingga 2025 lebih tinggi masing-masing RM41.5 juta, RM41.1 juta dan RM42.2 juta atau mewakili peningkatan 34 peratus, 31 peratus dan 28 peratus,” kata BIMB Securities Research.

Hup Seng mencatat keuntungan bersih RM31.4 juta bagi tempoh sembilan bulan 2023, melonjak 130.1 peratus tahun ke tahun, melebihi jangkaan BIMB Securities Research iaitu RM27.4 juta.

“Kami mengubah unjuran pendapatan tahun kewangan 2023 meningkat sebanyak 34 peratus kepada RM41.5 juta mencerminkan pelarasan 5.0 peratus dalam kos jualan.

“Kami menjangkakan jualan akan disokong oleh peningkatan permintaan dan peningkatan kos pengeluaran.

“Sementara itu, kami menjangkakan kestabilan margin, dibantu oleh penurunan beransur-ansur harga komoditi dan jangkaan pengukuhan ringgit,” jelas BIMB Securities Research lagi.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Kalau Tomyam Malaysia Penuh Serai Harga Mahal, Wanita Ini Tunjuk Makna Tomyam Sebenar. Ramai Yang Setuju..

tags: | |