Biskut susu adalah kegemaran ramai terutamanya budak-budak. Mungkin kerana ia berperisa susu. Biskut ini juga senang untuk dibuat. Cubalah di rumah.
Bahan – bahan :-
- 125 gm mentega
- 50 gm gula aising
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar susu tepung
- 220 gm tepung jagung
Cara – cara:
- Pukul mentega, gula aising dan susu pekat manis sehingga rata.
- Masukkan esen vanila dan tepung susu dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan tepung jagung dan susu tepung. Uli menjadi doh.
- Masukkan adunan ke dalam acuan dan paipkan memanjang di atas dulang pembakar.
- Bakar pada suhu 150 °C selama 30 minit.
Selamat mencuba!