Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Blogger ‘Mat Salleh Cari Makan’ Hilang Ketika Bercuti Di Kuala Tahan, Kini Ditemui Dengan Selamat

Blogger ‘Mat Salleh Cari Makan’ Hilang Ketika Bercuti Di Kuala Tahan, Kini Ditemui Dengan Selamat

Kategori:
'Mat Salleh Cari Makan'

Pengacara warga Britain, Rhys William James Woodfield yang juga penulis blog makanan ‘Mat Salleh Cari Makan’ disahkan hilang ketika bercuti. Khabar baik berlaku, dia berserta empat anggota keluarganya yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemukan selamat di Kuala Tahan, Jerantut, petang tadi.

Menurut Free Malaysia Today, isterinya, Haigbrown Woodfield, 30, sebelum itu telah membuat laporan polis. Ia mengenai kehilangan Rhys di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, pada 1.30 pagi tadi.

Blogger ‘Mat Salleh Cari Makan’ Hilang Ketika Bercuti Di Kuala Tahan, Kini Ditemui Dengan Selamat

'Mat Salleh Cari Makan'

Ketua Polis Jerantut Mazlan Hassan, berkata Rhys, 30, bersama empat anggota keluarganya melancong ke Kuala Tahan sejak 25 Sept.

Mereka menginap di sebuah resort di Kuala Tahan, sepatutnya pulang ke ibu negara, petang semalam.

Bimbang dengan keselamatan mereka, isterinya telah melaporkan kehilangan Rhys bersama adik iparnya, Siaw Woodfield, 25, dan Owen Woodfield, 22.

“Turut serta melancong bersama mereka ke Kuala Tahan, iaitu bapa mertuanya, James Woodfield, 62, dan ibu mertuanya, Rachel Anne Woodfield, 60.

“Pada 27 Sept, kira-kira 11.30 pagi, mangsa bersama empat orang ahli keluarganya telah keluar daripada kawasan hutan hujan tropika. Mereka sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur tetapi tidak dapat dihubungi oleh isteri mangsa,” katanya menurut Astro Awani.

Melancong Ke Kuala Tahan Sejak 25 September, Patut Pulang 28 September

'Mat Salleh Cari Makan'

Mazlan berkata, isteri mangsa percaya lokasi terakhir suami dan keluarganya berada di kawasan Hutan Kampung Pagi, Ulu Tembeling.

“Setelah menerima maklumat, pihak polis terus bertindak segera dengan melakukan pencarian di Kampung Pagi melibatkan Pengusaha Eco Rimba Taman Negara Kuala Tahan dan Anggota Pondok Polis Kuala Tahan dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi pada 2.30 pagi

“Manakala, anggota Pondok Polis Kampung Bantal membuat rondaan dari Kampung Bantal ke Kampung Pagi pada 2.35 pagi,” katanya.

Polis Lakukan SAR, Jumpa Semua Mangsa Di Kawasan Sungai Relok

'Mat Salleh Cari Makan'

Katanya, operasi mencari dan penyelamat (SAR) dimulakan pada 8.00 pagi, hari ini, dan turut membuka pusat operasi pencarian pada 10.00 pagi di Balai Raya, Kampung Pagi yang disertai agensi lain.

“Operasi diteruskan, kesemua mangsa hilang ditemui dalam keadaan selamat di Kawasan Sungai Relok, Kampung Pagi, Ulu Tembeling Jerantut pada 1.10 tengah hari ini. Semua mangsa dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Klinik Kuala Tahan,” katanya.

tags: | |