Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sampai mati saya buat Menu Rahmah..”, Ujar Bos Mydin Dengan Sebak

“Sampai mati saya buat Menu Rahmah..”, Ujar Bos Mydin Dengan Sebak

Kategori:
menu rahmah Mydin

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Ameer Ali Mydin tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi pandangannya mengenai pemergian menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup Allahyarham Salahuddin Ayub.

Bercakap kepada Astro Awani, ahli perniagaan yang sedih itu berikrar untuk meneruskan inisiatif Menu Rahmah “sampai mati.”menu rahmah Mydin

Program Menu Rahmah diperkenalkan bagi membantu segmen B40 berdepan dengan kos sara hidup.

Di bawah program yang dilancarkan pada 1 Jan 2023, restoran yang mengambil bahagian menyajikan set makan tengah hari atau makan malam pada harga tetap RM5.

Amer berkata walaupun Menu Rahmah adalah satu inisiatif yang mudah, namun ia menyentuh hati rakyat.

“Saya harap, kawan-kawan dalam industri ni, memang ramai dah jumpa dia ramai dah kenal..we will continue this.

“Saya daripada pihak Mydin memang akan teruskan Menu Rahmah ini. Sampai mati saya buat. Okey dik, terima kasih dik,” katanya.menu rahmah Mydin

Salahuddin, yang juga timbalan presiden Amanah, meninggal dunia akibat pendarahan otak di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah, malam tadi.

Ahli politik berusia 61 tahun itu meninggalkan balu Fatimah Taha, enam orang cahaya mata dan 11 cucu.menu rahmah Mydin

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong Kampung Serkat di Pontian, Johor, pagi tadi.

Sumber: Astro Awani

tags: | |