Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dah Agihkan Untuk Sedekah Kepada Vendor” – Dikecam Kerana Dianggap Bazirkan Air Jualan, Peniaga Mr Yogurt Tampil Beri Penjelasan

“Dah Agihkan Untuk Sedekah Kepada Vendor” – Dikecam Kerana Dianggap Bazirkan Air Jualan, Peniaga Mr Yogurt Tampil Beri Penjelasan

Kategori: ,
Mr Yogurt

Sebut sahaja jualan air balang, pasti antara peniaga yang muncul di minda orang ramai adalah air balang MR Yogurt.

Seperti sedia maklum, air balang MR Yogurt adalah antara peniaga air balang yang menjadi sebutan ramai kerana terkenal dengan kesedapan pelbagai perisa yang diperkenalkan penjual.

Baru-baru ini, mereka terpalit dengan satu kecaman yang mendakwa peniaga melakukan pembaziran apabila air jualan yang tidak habis dibuang dalam kuantiti yang banyak.

Oleh sebab isu terbabit tular, peniaga MR Yogurt tampil memberi penjelasan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan salah faham yang berlaku.

Kata peniaga, sebelum air mereka dibuang, air jualan itu sudah disedekahkan dan diberi secara percuma kepada vendor-vendor dan sistem refill kepada pelanggan yang masih berada di tapak event.

“Sebelum kita tuang tu, kita dah panggil vendor-vendor dan pelanggan yang ada untuk ambil air yang tak habis tu.

Peniaga MR Yogurt Selalu Beri Air Percuma Kepada Rakan Vendors Lain

Mr Yogurt

“Lagi satu, vendor-vendor yang pernah join event sama dengan kita semua dah tahu sesiapa yang nak ambil, bawa bekas sendiri, memang boleh ambil dapat secara percuma. Dari pagi sampai lah malam, nak ambil tiada masalah untuk vendor,” jelas peniaga tersebut.

Tambahan lagi, peniaga juga menjelaskan sebab mereka tidak agihkan air dengan sesuka hati kepada orang awam selepas sesi berniaga seleasi kerana ingin menjaga kualiti air.

Air Yogurt Tahan 12 Jam, Tidak Mahu Beri Air Basi Kepada Orang Ramai

Mr Yogurt

“Dan kenapa kita tidak bagi kepada orang luar, kerana air ni dia tahan 12 jam sahaja. And then, selepas daripada 12 jam, dia akan rosak,” katanya lagi.

Dalam video berlainan, peniaga MR Yogurt juga memaklumkan bahawa jika ada air lebihan yang masih baik keadaannya, mereka akan agihkan kepada kakitangan event yang terlibat seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Kebiasaannya, setiap malam sebelum kita balik, semua kakitangan yang ada di event ini sudah sedia maklum, daripada pagi sehingga malam mereka boleh free refil.

“Kepada pengunjung, bermula jam 11.45 ke atas, mereka boleh refill juga,” katanya lagi.

Mr Yogurt

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang mula faham akan situasi sebenar peniaga selepas penjual Mr Yogurt membuat penjelasan tersebut dan berterima kasih kepada peniaga.

“Bagus, kalau macam ni ramai yang support MR Yogurt,” kata rata-rata netizen.

Sumber: Abang Monster / MR Yogurt

Baca juga: Tular Isu Chicken Ham, KK Supermart Buat Laporan Polis Terhadap Syarikat Pengeluar ‘Sandwich’

tags: |