Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Kena Buang ‘Benda’ Ini Barulah Ikan Keli Tak Hanyir & Berbau Selepas Dimasak

Kena Buang ‘Benda’ Ini Barulah Ikan Keli Tak Hanyir & Berbau Selepas Dimasak

Kategori:
ikan keli tak hanyir

Siapa yang suka makan ikan keli pasti tahu berapa nikmat rasanya. Lagi-lagi jika ia digoreng garing, makan sampai tak tinggal tulang!

Namun jika salah teknik menyiang, ikan keli yang dimasak akan merasa hanyir dan berbau biarpun sudah membuat macam-macam jenis petua.

Rupanya, ada bahagian ‘penting’ yang perlu dibuang untuk membuang rasa hanyir dan berbau tersebut. Nak tahu bagaimana cara menyiang ikan keli dengan betul? Jom ikuti perkongsian oleh saudara Aris Farhan di bawah.

Cara Sebenar Siang Ikan Keli Supaya Ikan Keli Tak Hanyir & Berbau

Berikut adalah perkongsian oleh saudara Aris Farhan:

“Abang nak kongsi pada kalian khususnya pada anak dara dan anak teruna di luar sana cara asas menyiang ikan keli dan teknik membuang objek (darah beku) hanyir dalamannya.

Buat yang gemar makan ikan air tawar seperti keli, patin, dan keturunannya, pasti mahu rasanya yang tidak hanyir dan berbau ketika masak dan makan.

Sebenarnya di dalam perut ikan-ikan seperti ini ada objek utama yang menjadi punya hanyir seekor ikan itu jika tidak dibuang. Engkau buatlah macam mana pun, kalau tidak buang bendalah ini, ia tetap hanyir, percayalah.

Jadi, kalian boleh tengok cara-cara menyiang ikan keli ini pada gambar dibawah. Tetapi ingat, jangan engkau cari bendalah hanyir tu dalam ikan yang tidak ada kena mengena seperti ikan Nun, mahu sebesar rumah bendalah hanyir tu. Kahkahkah.”

Cara-caranya:

  1. Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya engkau boleh search di youtube, ada seorang ustaz dari seberang ada mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.
  2. Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau kalian nak masak sekali sesungut ini, itu hak kalian. Hahaha.
  3. Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau kalian nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.
  4. Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan engkau masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.
  5. Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, engkau tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.
  6.  Plup! Maka terkeluarlah objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia. Kalau kau nak bau dulu pun boleh. Hahaha.
  7. Ha ini bendanya, selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.
  8. Dah dapat sila buang jauh-jauh. Jangan engkau buat batu cincin pula ya. Haha.
  9. Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba!

Jika ia bermanfaat, mohon share sebanyak mungkin di facebook anda. Terima kasih.

Kredit: Aris Farhan

Baca juga: Ini Tips Penting Goreng Ikan Keli Agar Tak Meletop Masa Menggoreng Dan Cantik Je Rupanya

tags: | |