Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terpaksa Buat Grab & Makan Sekali Sehari Sebab Nak Buat Kenduri Kahwin Yang Gah Namun Rupa-Rupanya..

Terpaksa Buat Grab & Makan Sekali Sehari Sebab Nak Buat Kenduri Kahwin Yang Gah Namun Rupa-Rupanya..

Kategori:

Kebiasaan orang yang buat part time atau overtime ini adalah untuk mencari wang lebih. Mungkin sebab gaji yang diperolehi adalah tidak seberapa dan terlampau banyak komitmen bulanan. Jadi mereka ini nekad untuk mencari wang lebih.

Walaupun agak penat, namun apa lagi yang boleh dilakukan. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai banyak tanggungan atau tanggungjawab lain. Nak tak nak, itu sahaja jalan yang boleh dilakukan.

Berkenaan dengan partime dan overtime ini, terbaharu ada seorang gadis yang dikenali dengan nama Tiana menerusi aplikasi TikTok, dia sempat berkongsi kisah mengenai kawannya yang buat Grab selepas pulang dari kerja malam. Pada ketika itu, dia terkejut kerana kawan sendiri yang menjadi pemandu Grab.

Makan sekali sehari kerana ingin berjimat

Malah Tiana turut berasa kasihan kepada kawannya itu kerana kelihatan sudah kurus. Ekoran itu dia mengajak kawannya untuk sarapan pagi. Apa yang membuatkan Tiana lebih sedih adalah apabila kawannya hanya makan sekali sehari sahaja. Hal tersebut adalah kerana ingin berjimat disebabkan ingin mengadakan majlis kahwin yang besar.

https://www.tiktok.com/@caffeinurse/video/7028569163551542554?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274

@caffeinurse Saya doakan urusan perkahwinan awak dipermudahkan 😞😔 @syfnzainul_ ♬ bunyi asal – Ziziey Fazrie – user not found

Sedih bukan apabila menonton kisahnya? Bukan sahaja sedih namun pasti buatkan korang berasa ingin mengecam. Mana tidaknya, rela berlapar dan penatkan diri demi mengadakan majlis kahwin yang besar. Namun begitu ianya adalah gurauan Tiana sahaja. Biasalah dalam ramai-ramai kawan, pasti ada yang suka bergurau seperti ini.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warganet. Ada dari kalangan warga TikTok yang merupakan kawan kepada mereka mengatakan ianya adalah drama. Malah ramai juga yang berasa terhibur melihat gelagat Tiana yang mengenakan kawannya itu.

Dalam masa yang sama, ada juga yang seolah-olah mengecam. Mungkin mereka ini tidak tahu yang Tiana ini hanya sekadar ingin kenakan kawannya. Tidak kurang juga ada yang ingin sponsor kek kepada kawan gadis ini.

Seronok sebenarnya ada kawan yang fun seperti ini. Sekurang-kuranya dengan gelagat mereka yang kenakan kawan ini dapat membuatkan ramai terhibur.

Kredit: TikTok caffeinurse/Tiana

Baca juga: “Nasib Baik Tak Suka Makan..” Terjumpa Cacing Dalam Telur Ikan, Wanita Ini Terus Hilang Selera

tags: | |