Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Orang Tak Berniaga Pandai Cakap Je..”, Pelanggan Buat Kiraan Modal Jual Burger Tepi Jalan, Tindakannya Cetus Debat Ramai

“Orang Tak Berniaga Pandai Cakap Je..”, Pelanggan Buat Kiraan Modal Jual Burger Tepi Jalan, Tindakannya Cetus Debat Ramai

Kategori:
buat kiraan modal jual burger tepi jalan

Dalam kegawatan ekonomi sekarang. Ia memberi kesan kepada rakyat lebih-lebih lagi peniaga kecil yang berhempas pulas mencari rezeki.

Ekoran hal itu, ada peniaga jalanan yang terpaksa menaikkan harga jualan mereka.

Misalnya, jika dahulu mereka menjual kuih berharga 50 sen sebiji, mungkin sekarang mereka terpaksa menjual 80 sen sebiji bagi menampung kos lain.

“Orang Tak Berniaga Pandai Cakap Je..”, Pelanggan Buat Kiraan Modal Jual Burger Tepi Jalan, Tindakannya Cetus Debat Ramai

buat kiraan modal jual burger tepi jalan

Seperti kisah yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang pelanggan telah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila pendapatnya berkenaan jualan burger tepi jalan dianggap tidak dipandang secara menyeluruh, hanya pandai cakap dan tunding jari sahaja.

Ini apabila dia membuat kira-kira akan modal sebiji burger yang dijual di tepi jalan mengaut untung yang banyak apabila menjualnya dengan harga RM4.

Pada hantarannya, dia telah mencongak modal 1 biji burger yang mengira harga bahan mentah seperti roti, sos cili dan bahan mentah lain.

“Modal 1 biji burger, roti 28 sen, patty Ramly 70g RM1.02, sos cili 12 sen, mayonis 16 sen, sos blackpepper 9 sen, sayur 25 sen, foam & plastik 10 sen, gas 5 sen, rempah 12 sen, marjerin 6 sen. Total sebiji burger RM2.25.

“Patutlah brader tu kata mahal orang jual burger tepi jalan RM4. Modal RM2.25 je, huhuhu,” katanya dalam hantaran kiraan modal jual burger tepi jalan tersebut.

Total Sebiji Burger RM2.24, Jual RM4

buat kiraan modal jual burger tepi jalan

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang tidak berpuas hati dengan kiraan dan pemahaman pelanggan tersebut. Kata mereka, pelanggan tersebut tidak patut menyatakan hal sedemikian apabila dia hanya mengira kos bahan mentah sahaja, tidak menyeliputi kos lain seperti tenaga dan tempat sewa, misalnya.

“Jangan diambil kos bahan sahaja. Kos man power, kos lesen, kos operasi seperti gas, minyak masak, minyak kerera untuk bergerak dan lain-lain semua tu harus diambil kira juga. Bukan sekadar kos bahan sahaja. Itu belum sebut nilai ready untuk rugi tiap hari lagi.

“Sebenarnya ramai tak tahu, kebanyakan peniaga jalanan ni bulan-bulan cukup untuk survive je. Cukup mengisi perut bulan-bulan. Tak semua pun boleh kaya” kata Aidi.

“Sebagai peniaga burger kami agak terasa dengan kenaikan harga roti. Patty burger dan segala mak nenek tapi percaya rezeki tu tetap ada. Formula tulis ni kalau dekat kawasan ceruk dunia boleh lah guna. Kalau area bandar alamatnya bungkus lah,” kata netizen lain bernama Syazwan dalam kisah buat kiraan modal jual burger tepi jalan.

Jangan Hanya Kira Harga Bahan Mentah, Kos Lain Juga Banya Guna

buat kiraan modal jual burger tepi jalan

Melalui kisah buat kiraan modal jual burger tepi jalan ini, memang benar, sebagai pelanggan, kita tidak boleh melihat kos bahan mentah sahaja. Tenaga yang dikeluarkan juga adalah sesuatu yang perlu dibayar dan diambil kira.

Kepada peniaga, menaikkan jualan mengikut kenaikan harga bahan mentah yang di pasaran adalah wajar, kecuali peniaga yang ingin mengambil kesempatan dengan menaikkan harga yang tidak masuk akal.

Semoga semuanya dipermudahkan urusan oleh Tuhan dalam pergelutan hidup ini, bersama-sama. Pasti ada jalan.

Sumber: Aidi 

Baca juga: Caj Beg Plastik 20 Sen Di Pasar Raya, Ini Tindakan Segelintir Pelanggan Buat Pekerja Kesal

tags: | | |