Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Buat Permainan ‘Lucu’ Hisap Botol Susu, Pasangan Paling Manja Ini Pula Raih Perhatian

Buat Permainan ‘Lucu’ Hisap Botol Susu, Pasangan Paling Manja Ini Pula Raih Perhatian

Kategori:
botol susu

Family day merupakan antara hari berkumpulnya kaum keluarga yang sudah lama tidak berjumpa mata. Kebiasaannya saat ini, kita akan pergi ke suatu tempat yang sangat menarik seperti resort atau pun pantai. Kemudiannya kita akan bermalam di sana untuk beberapa hari. Paling lama 3 hari 2 malam, paling sekejap 2 hari 1 malam. Terpulang kepada keluarga masing-masing.

Memang tidak dinafikan, saat adanya majlis atau sambutan hari keluarga ini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Lebih-lebih lagi jika ada yang mengadakan aktiviti atau pun sukaneka. Saat inilah akan keluar segala perangai sebenar masing-masing. Ada yang ketawa tanpa henti dan bermacam-macam lagi perangai melucukan yang kelihatan.

Aktiviti hisap botol susu diadakan, pasangan termanja raih perhatian

Berkenaan dengan aktiviti ini, terbaharu viral sebuah video yang dikongsikan oleh yayarich menerusi aplikasi TikTok yang berkisarkan tentang sebuah keluarga yang mengadakan aktiviti hisap botol susu. Jarang kedengaran aktiviti sebegini kan? Namun itulah yang dilakukan oleh keluarga tersebut. Ingatkan kanak-kanak sahaja yang akan melakukan aktiviti sebegini, ini mak dan ayah budak yang melakukannya.

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa pasangan yang sedang duduk dan menghisap botol susu yang diisi dengan air sirap. Melihat gelagat para bapa yang gigih menghisap susu ini memang sangat melucukan. Pada masa yang sama, ada pasangan yang kelihatan sangat manja raih perhatian orang ramai. Mana tidaknya, pasangan tersebut seperti si ibu memberikan susu kepada si anak.

@alya.nurdini

Banyak2 game, game ni paling lucu skali. hahaha 🤣🤣 family day 2022. Gojes Family 💋

♬ original sound – Gagorist – mama mo

@alyanxrdiniBanyak2 game, game ni paling lucu skali. hahaha 🤣🤣 family day 2022. Gojes Family 💋♬ original sound – Gagorist

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok yang menonton video berkenaan terhibur melihat keluarga ini. Malah pasangan yang paling manja tadi juga turut menarik perhatian mereka.

Yang baring tu..

Manja betul..

Tak kurang juga ada warga TikTok yang menyifatkan aktiviti tersebut sangat menarik. Namun tak dapat menahan ketawa sebab yang berjanggut pun nak minum botol susu. Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen menyatakan patut botol susu dekat Eco habis.

Best laa..

Menarik kan aktiviti macam ni? Lebih-lebih lagi apabila melihat para ibu bapa yang berganding bahu untuk menghabiskan air sirap berkenaan dalam botol susu dengan pelbagai cara dan gelagat. Sehinggakan ada yang menyusu seperti bayi dalam pangkuan pasangan.

Kredit: TikTok yayarich

Baca juga: Sedihnya! Individu Ini Gelarkan Bayi ‘Anak Susuan Lembu’ Kerana Ibu Beri Minum Susu Formula

tags: |