Rupa-rupanya ayam goreng MCD ini boleh buat sendiri je. Sangat mudah nak disediakan, tak perlu menggunakan banyak bahan pun, 5 bahan je. Kalau yang ada anak-anak ramai, lepastu semua suka ayam goreng MCD, boleh lah buat dekat rumah. Boleh makan sampai puas. Jimat sangat!
BAHAN-BAHAN:
- Tepung gandum
- Tepung goreng bestari (pedas)
- Tepung beras
- Serbuk Cili
- Ayam
CARA PENYEDIAAN:
- Campur tepung bestari, tepung beras, serbuk cili dan air. Bancuh sehingga sebati. Jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
- Perapkan ayam dalam bancuhan tadi selama sejam dalam peti ais.
- Campur tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili tanpa air sampai sekata.
- Gaul ayam yang diperap tadi dalam bancuhan tepung yang kering.
- Masukkan ayam setelah minyak betul-betul panas dan goreng sehingga masak.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Engku Fatihah