Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri ‘Laicikang’ Baru Puas Hati, Boleh Letak Macam-Macam Ikut Selera

Buat Sendiri ‘Laicikang’ Baru Puas Hati, Boleh Letak Macam-Macam Ikut Selera

Kategori:
laicikang

Cuaca panas-panas ni memang best kalau dapat minum sesuatu yang menyejukkan tekak. Apa kata jom cuba buat sendiri menu penyejuk tekak ini iaitu laicikang. Buat sendiri boleh letak macam-macam mengikut citarasa masing-masing, baru puas hati.

Jom ikuti cara-cara membuat laicikang perkongsian oleh Chenta Abadi di bawah.

Cara Buat Laicikang Sendiri Di Rumah

Bahan-bahan:

  • Biji selasih (rendam)
  • Buah kembang semangkuk (rendam dgn air panas)
  • Barli (rebus)
  • Fungus putih (rebus)
  • Buah kurma merah (rebus letak gula / gula dan daun pandan)
  • Buah longan kering (rendam dgn air panas)
  • Cincau
  • Kacang tanah panggang
  • Kismis
  • Buah kabung
  • Biji Sagu
  • Buah laici (dalam tin)
  • Halwa kundur
  • Buah pala (kering) tapi saya tak letak sbb anak2 tak suka buah pala
  • Agar2 kosong (merah / hijau) tp hari tak sempat buat.
  • Ais

Cara-cara:

  1. Air rebusan buah kurma merah dah manis macam air gula. Lepas tu campur dengan air buah laici tadi.
  2. Kemudian campurlah dengan semua bahan tadi.
  3. Selamat mencuba.

Baca juga: Cara Buat Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw!

tags: