Hakikat kehidupan, kadangkala kita akan diuji dengan sesuatu yang cukup membuatkan diri kita hilang kesabaran. Kadangkala ujian yang kita terpaksa hadapi itu terasa cukup berat dan menyeksakan. Sehinggakan membuatkan diri kita tertanya dan menyoalkannya pada tuhan.
Orang selalu cakap, ujian itu tanda kasih sayang Allah. Allah memilih hambanya untuk diberi ujian, dari situ Allah akan memberikan pahala dan nikmat yang tidak disangka-sangka. Setiap orang pastinya akan berhadapan dengan ujian yang berbeza-beza.
Ada orang diuji dengan kehilangan ibu ayah atau ahli keluarga. Ada orang diuji dengan kehilangan pekerjaan atau harta benda. Ada juga orang yang diuji dengan kesihatan. Sama ada tiba-tiba sakit atau pun berlakunya kemalangan.
Kemalangan ini pula akan datang dengan pelbagai macam cara. Bukan hanya kemalangan jalan raya sahaja. Antara kemalangan yang cukup menakutkan kita apabila berlakunya kemalangan yakni kebakaran di dalam rumah.
Kebiasaannya kebakaran rumah ini berpunca daripada tong gas atau pun paip tong gas yang bocor. Berkenaan dengan kebakaran ini, kejadian tersebut turut juga berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 10 tahun apabila satu badannya terbakar.
Tidak diketahui maklumat yang tepat akan kejadian tersebut namun ada sebuah video yang memaparkan adik yang dikenali dengan nama Mohd Amirul Mukmin bin Mohd Ehsan ini dibawa oleh pihak hospital menaiki ambulans.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Nor Aqilla menunjukkan adik sepupunya itu dibaluti seluruh tubuh termasuklah di bahagian mukanya. Sewaktu ingin dibawa masuk ke dalam ambulans, kedengaran suaranya menangis dan menjerit memanggil ahli keluarganya yang lain.
Ekoran itu, kedengaran juga suara ahli keluarga yang lain meminta adik ini bersabar dan kuat. Kedengaran semuanya turut berasa sedih.
https://www.tiktok.com/@amanda_mikayla2/video/7115791118893141275?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
@amanda_mikayla2mnta jasa baik smua doa kan mohd amirul mukmin bin mohd ehsan kuat menahan rasa sakit ni dan cepat sembuh dia baru berusia 10 tahun .😭♬ bunyi asal – Nor Aqilla
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Namun rata-ratanya mendoakan adik ini agar kuat dan diberikan kesembuhan dan diringankan rasa sakit.
Dalam masa yang sama ada juga yang berasa sayu apabila mendengar adik ini merengek memangil maklong dan pak udenya. Walaupun baru berusia 10 tahun, adik ini sudah diuji dengan ujian yang berat begini.
Tidak kurang juga ada yang tidak sanggup melihat adik ini yang menanggung sakit sedemikian rupa.
Semoga Mohd Amirul Mukmin bin Mohd Ehsan dikurangkan rasa sakit dan diberikan kesabaran yang cukup luar biasa. Badan terbakar atau melecur bukan biasanya pedih dan sakitnya, namun adik ini orang terpilih kerana dia dipilih oleh Allah untuk menghadapi ujian ini.
Semoga adik terus kuat dan sabar ya. Cepat sembuh, kuatkan semangat! Doa kami dan rakyat Malaysia khususnya selalu untuk adik.
Sumber: TikTok Nor Aqilla