Di Malaysia ni, penghantar makanan memang selalu menjadi ‘wira tak didendang’ kepada masyarakat dan orang ramai. Tengok sahajalah berita dan paparan di media, jika terjadi sesuatu masalah di sesuatu kawasan, pasti akan ada rider jadi penyelamat.
Misalnya kes ragut, dan yang paling terbaharu kes banjir di Selangor tahun lepas. Rider lah antara golongan yang nampak di lokasi kejadian membantu orang ramai dalam memberi makanan dan juga pertolongan lain. Memang hero lah mereka ni! Apa je kerja mereka tak boleh buat kan?
Dan kejadian terbaharu pula dialami sendiri oleh seorang pelanggan Grab Food. Ini apabila kejadian anaknya bermain kereta mainan dan kepalanya tersekat pada bahagian belakang kereta mainan. Kepalanya termasuk di bahagian tempat sandar penumpang dan ia tidak boleh dikeluarkan begitu sahaja.
Nasib baiklah ketika itu rider Grab Food sampai dan menolong budak kecil tersebut. Dia dengan pantas memotong palang sandar terbabit dan berjaya mengeluarkan bahagian kepala budak kecil berkenaan.
Kata ibu kepada anak terbabit, skru yang dipasang di motor mainan tersebut ketat sebab motor mainan itu sudah lama dibelinya.
“Skru dia ketat dah sebab dah lama kereta tu. Kelam kabut sama sebab bayi dok nangis. Tu terpaksa potong terus,” katanya memberi penjelasan kenapa dia tidak menanggal sahaja palang sandar kereta mainan tersebut.
https://www.tiktok.com/@sitisuhanaismail/video/7124963776788565275?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@sitisuhanaismail #tiktok #kamisempoi #AprilFools ♬ Left right x pak vong x rindu semalam x meneketehe – anantavinnie
https://www.tiktok.com/@sitisuhanaismail/video/7125247418366496027?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@sitisuhanaismail Replying to @nurnabihah1234 #AprilFools ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata
Melihat kepada ruangan komen, ramai yang berbangga melihat kecekapan rider berkenaan. Ada yang menyatakan ‘grab di mana-mana sahaja’ untuk memaksudkan rider menjadi penyelamat di mana-mana sahaja masalah berlaku.
Misalnya, salah satu netizen memberi komen biasanya orang akan memanggil bomba, tetapi abang rider Grab Food jadi penyelamat.
“Panggil bomba, tidak. Panggil abang Grab, ya,” katanya.
Selain itu, netizen lain turut memberi kata syabas dengan tindakan rider Grab Food terbabit.
“Terbaik lah abang Grab,” tulisnya memberi komen kisah budak kecil tersekat kepala itu.
Memang rider dekat Malaysia ni terbaiklah. Sentiasa ada di mana-mana ketika memerlukan! Di mana ada masalah, di situlah ada hero rider! Terima kasih kerana membantu.
Sumber: Siti Suhana
Baca juga: Berniaga Sambil Bersedekah, Pelanggan Terkejut Jumpa Duit Dalam Roti Canai Frozen