Perangai budak-budak yang baru ingin ‘explore’ dunia ini banyak, kerana fikiran mereka masih suci berbanding kita yang dewasa. Mereka tidak pandai bezakan yang mana baik dan buruk kerana mereka masih lagi ingin belajar kesemua benda.
Tapi lain pula kejadian adik ini, beliau letak 2 ekor ikan di dalam kedua belah poket sambil bersiar-siar di taman permainan.
Kejadian comel dan pelik ini dikongsikan oleh Bydhiahq di laman media sosial beliau di TikTok. Apa yang lebih comel, beliau seorang yang tidak pilih kawan seperti yang dikatakan oleh ayahnya.
Mungkin beliau tidak mengerti lagi bahawa ikan sebenarnya bukan boleh dibawa kemari seperti yang beliau lakukan.
“Selalu nampak orang kawan dengan kucing, awak bagus tak pernah pilih kawan” – ujar ayah beliau di tulisan di dalam video.
Comel pula beliau bawa ikan ke taman permainan dan jadi hiburan untuk kita kaum dewasa ini.
@khairuljohari27 selalu nampak orang bawak kucing atau anjing gi jalan-jalan…
@khairuljohari27selalu nampak orang bawak kucing atau anjing gi jalan-jalan…
Meninjau di ruangan komen, ramai yang kesiankan ikan yang berada di dalam poket beliau kerana rasanya sudah tidak bernyawa lagi.
Semoga apabila kita mempunyai anak kecil nanti, dapat mengajar mereka tentang erti alam ini supaya mereka lebih menghargai apa yang ada di dunia ini. Amin
Kredit: Bydhiahq