Kita sebagai seorang dewasa mungkin menganggap kanak-kanak tidak perlu belajar benda benda yang berbahaya, seperti memasak, mengemas, cara guna blender, mencangkul dan sebagainya. Kerana mungkin kita merasakan benda tersebut dapat membahayakan mereka.
Tapi, kita boleh mengajar mereka daripada kecil lagi untuk mereka ada sedikit asas mengenai kemahiran ini.
Video yang dikongsikan di laman media sosial Instagram Barang Dapur Basah, video tersebut dikongsikan selama 30 saat tersebut mendapat sambutan yang positif daripada netizen.
Reaksi wajah yang ditunjukkan seorang budak lelaki tersebut yang sedang belajar cara guna blender membuat ramai netizen terhibur.
Melihat reaksi wajah tersebut, kita dapat lihat beliau sedang takut bercampur excited kerana ini adalah pertama kali on blender tersebut.
Ini adalah juga bagus untuk mereka belajar asas kemahiran yang baharu. Tak semua ibu bapa mengizinkan mereka untuk menggunakan pekakas di rumah yang ada. Risau jika benda yang tak diingikan yang berlaku.
Tapi sesungguhnya, pihak tadika juga telah memastikan mengambil langkah yang selamat untuk mereka membenarkan mereka menggunakan blender ini.
Pihak mereka juga memantau keadaan sekeliling dan semak dahulu blender tersebut sesuai atau tidak untuk mereka belajar.
Menjengah di ruangan komen juga, ramai yang terhibur dan memuji adik tersebut kerana beliau tampil berani untuk mencuba benda baru.
“Tapi dia sangat berani..”, komen netizen bernama Saradatoahmad.
“Takut tapi muka bangga..”, puji netizen kepada adik ini bernama Eastna88.
“Nasib dia x lepaskan blender tu dan lari..”, komen warganet daripada Dinarhani.
Sikap terpuji Cikgu Tadika ini dapat memberi kenangan kepada mereka. Mungkin selepas mereka pulang dari tadika, dapat cerita kepada ibu bapa mereka bahawa mereka telah mencipta kenangan dengan belajar benda baharu.
Tahniah kepada Cikgu Tadika tersebut kerana sentiasa menghiburkan mereka.
Kredit: Barang Basah Dapur
Baca Juga: “Cikgu Pun Dah Pening..”, Menangis Di Tadika, Gelagat Adik Ini Buat Ramai Terhibur