Bagi yang terlepas untuk nikmati buffet IKEA pada Ramadan lepas, jangan risau! Kini, buffet IKEA kembali lagi untuk anda nikmati bersama rakan dan keluarga.
Bakal berlangsung pada 24 Jun ini, buffet IKEA kali ini membawakan tema makan malam Midsummer, iaitu sambutan pertengahan solstis musim panas yang cukup popular di Sweden.
Jom kita tengok cara beli tiket serta harga yang ditawarkan untuk buffet kali ini!
Tarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat)
Waktu : 6.00 petang – 8.30 malam (Sajian buffet akan tamat 15 minit sebelum waktu yang dinyatakan)
Cara Beli Tiket : Anda boleh dapatkannya dari Swedish Restaurant atau Swedish Food Market.
Dewasa : RM 39.90
Kanak-Kanak (4 – 12 tahun) : RM 19.90
Kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah makan percuma! Bukan itu saja, pelanggan juga berpeluang untuk dapatkan baucer IKEA bernilai RM 10 bagi setiap pembelian tiket buffet dewasa.
*Tertakluk pada tema dan syarat.
Sepanjang bulan Jun ini, IKEA menyajikan hidangan istimewa sempena sambutan Midsummer. Menu yang anda boleh nikmati pada waktu terhad ini adalah seperti berikut :
Baked Salmon Fillet (RM 22.90)
Filet ikan salmon bakar bersama Potato Rosti, sayur campur dan sos dill lemon.
Father’s Day Breakfast Special (RM 6.90)
Marinated Salmon (RM 13.90)
Ikan Salmon perap yang dipadankan dengan kentang rebus, salad dan sos dill mustard
IKEA Family Roast Beef (RM 27.90)
Daging panggang dengan kentang bakar, sayur campur dan sup cendawan
Marinated Smoked Salmon Bagel (RM 12.90)
Vanilla Swiss Roll (RM 4.90)
Roast Beef (RM 24.90)
Daging panggang dengan kentang bakar, sayur campur, dan sos daging
Anda juga berpeluang untuk cuba menu berasaskan tumbuhan yang diperkenalkan oleh IKEA. Semuanya nampak menarik dan sedap. Dapatkannya sementara stok masih ada!
7 pcs Veggie Ball (RM 7.90)
Scramble Eggs (RM 7.90)
IKEA Family Caesar Salad (RM 6.90 [Harga IKEA Family] / RM 7.90 [Harga Biasa])
Vegetable Balls Wrap (RM 4.90)
Jangan lupa untuk pesan dua menu edisi terhad yang tersedia di IKEA iaitu :
Wild Berry Lemon Slush (RM 8.90)
Milanese Chicken with Briyani RIce (RM 13.90)
Selain, itu menu ikonik IKEA lain turut setia menanti anda seperti Meatballs, Chicken Wings dan aneka kek yang cukup menyelerakan.
Kalau tak tahu nak pesan apa, bolehlah cuba hidangan IKEA yang kami pernah syorkan sebelum ni.
Jom nikmati hidangan menarik dari IKEA! Tak sabar rasanya nak cuba! Jangan lupa ikuti laman Facebook IKEA Malaysia untuk dapatkan promosi terkini.