Bunga telur adalah merupakan antara yang perlu ada ketika hari perkahwinan kerana ia melambangkan perkahwinan melayu. Rupanya ada maksud di sebalik bunga telur ini bermaksud kesuburan kerana untuk mendoakan agar pasangan ini cepat untuk mendapatkan zuriat.
Telur ini akan direbus terlebih dahulu dan dicucuk di pulut kuning. Namun lain pula dengan kisah lelaki ini, apabila beliau sudah cuba makan laksa ini dengan telur rebus dari bunga telur ini. Tapi yang keluarnya adalah telur mentah.
Video ini yang dikongsikan oleh sopowerpuff di laman media sosial TikToknya dan menunjukkan rupanya tuan rumah kenduri ini lupa untuk merebus telur itu.
Ketika itu beliau memberitahu bahawa beliau amat menggemari laksa dan cuba untuk makan bersama telur rebus daripada bunga telur tersebut. Tapi, lain pula jadinya apabila telur terbabit adalah telur mentah yang tak direbus.
Lelaki di hadapan beliau memecahkan telur mentah itu di dalam gelas plastik itu untuk menunjukkan bahawa itu bukan lah telur rebus.
Risau pula jika telur tersebut pecah ketika majlis kenduri tersebut, boleh hanyir satu rumah. Risau juga jika pecah di dalam kereta, terpaksa tinggal kereta di car wash untuk membasuh.
https://www.tiktok.com/@sopowerpuff/video/7232673829305191681?_r=1&_t=8cIyR2HLl1m
@sopowerpuffNiat nak makan laksa dengan telur rebus (saya hantu laksa) je dekat rumah kenduri 🥲 rupa rupanya dpt telur mentah 😂 habis 2 biji husband pecahkan
Meninjau di ruangan komen, ramai warganet pelik kerana biasanya bunga telur harus direbus dahalu namun di video ini lain pula jadinya.
Semoga wanita ini memberitahu kepada tuan rumah kenduri ini kerana risau jika ada yang terkena dengan memecah telur itu di tempat lain.
Jika ada, satu kerja untuk mereka membasuh bau hanyir telur tersebut.
Kredit: sopowerpuff