Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Burger Ramly Dari Malaysia Dapat Liputan Media Antarabangsa The New York Times, Terkenal Hingga Amerika Syarikat

Burger Ramly Dari Malaysia Dapat Liputan Media Antarabangsa The New York Times, Terkenal Hingga Amerika Syarikat

Kategori: ,
Burger Ramly

Burger Ramly sememangnya popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kesedapan dagingnya dan harganya yang murah.

Ia boleh dilihat di warung-warung tepi jalan yang menjual burger Ramly dengan banyaknya. Bukan setakat daging yang murah, ia juga sememangnya enak dan sedap.

Jenama tempatan dari Malaysia ini bukan setakat mengeluarkan produk daging burger sahaja, malah ada beberapa produk lain yang juga sedap seperti karipap frozen.

Burger Ramly Dari Malaysia Dapat Liputan Media Antarabangsa The New York Times, Terkenal Hingga Amerika Syarikat

Terbaharu, jenama Ramly membanggakan Malaysia dengan kemunculan berita di akhbar media antarabangsa The New York Times.

Burger Ramly

Menurut berita yang dilaporkan Yahoo News, sebuah restoran dengan nama Kampar Restaurant yang menghidangkan Burger Ramly menjadi tarikan ramai di Amerika Syarikat.

Burger Ramly

Sebuah penerbitan paling berpengaruh di dunia, The New York Times melaporkan tentang keunikan rasa Burger Ramly dalam siaran artikel bertajuk The Burger Is… Street Food yang menampilkan Burger Ramly sebagai antara tarikan uatama di Kampar.

Burger Ramly Dijual Dengan Harga RM88 Di Amerika Syarikat Burger Ramly

Bukan itu sahaja, artikel tersebut turut meluahkan rasa kagum bagaimana sebuah burger jalanan Malaysia boleh diangkat menjadi sajian istimewa di Amerika, dengan harga USD19 (sekitar RM88).

Menurut perkongsian di Instagram rasmi Kampar Philly, mereka rasa ini merupakan satu penghormatan apabila produk mereka diakui oleh @nytfood.

Mereka menyatakan ulasan positif dari komuniti setempat juga telah menyumbang kepada kejayaan besar ini.

Untuk memastikan keaslian dan kualiti Ramly Burger, Kampar Philly bekerjasama dengan beberapa rakat tempatan seperti penyedia daging halal, Al Baraka, pembuat roti Merzbacher;s Bakery dan pembekal telur Smith Poultry.

Sumber: The New York Times

Baca juga: Netizen Kritik Kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping Biadab Dengan Pengerusi MARA Isu Keracunan Makanan

tags: | |