Mesti korang pernah kan berada di situasi di mana tak tahu nak gelak ke atau nak nangis. Kebiasaanya situasi itu berlaku apabila kita melihat atau melalui kejadian yang kelakar dalam masa yang sama kejadian tersebut juga menyedihkan. Contohnya tergelincir kemudian tertiarap atas tahi lembu. Kelakar tapi menyedihkan.
Seperti mana yang dikongsi oleh seorang ahli Group MATJHI, Azman Ab Rahman berkenaan dengan kejadian seekor burung yang tiba-tiba masuk ke dalam kualinya. Penuh satu badan burung tersebut diselubungi dengan minyak. Ibarat macam orang minyak dah.
Menurutnya nasib baik minyak yang dimasuki oleh burung itu sudah sejuk. Sekiranya masih panas pasti rentung burung itu.
Kejadian yang disifatkan kelakar itu membuatkan warganet geli hati. Malah ada juga warganet berasa kasihan kepada burung tersebut kerana seluruh badan burung itu diselubungi dengan minyak.
Sumber: Azman Ab Rahman Via MATJHI