Pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang sudah mengenali Beby Tora atau nama sebenarnya Atirah. Sejak beberapa tahun yang lepas dia terkenal menerusi video ulasan makanan melalui Instagram. Melihat cara makan dan bunyian yang didengar itu cukup mengiurkan.
Bahkan semakin hari semakin banyak yang menggunakan khidmat Beby Tora ini untuk mengreview makanan yang dijual. Namun begitu, adat setelah menjadi terkenal pasti akan timbul pelbagai kecaman yang membabitkan pemakanan dan fizikal.
Walaupun dikecam bertalu-talu Beby Tora ini tetap tidak menghiraukannya. Dia tetap meneruskan pekerjaannya itu seperti biasa. Selain kecaman, Beby Tora turut dinasihatkan mengenai soal kesihatan. Terbaharu, Beby Tora ada membuat ulasan berkenaan dengan coklat. Video tersebut sempat dikongsikannya ke aplikasi TikTok.
Menerusi video tersebut, salah seorang warga TikTok tampil menegurnya yang pada ketika itu sedang asyik menikmati makanan manis itu. Warga TikTok yang dikenali dengan nama imbebbb’s itu mengatakan Beby Tora ini calon diabetes dan meminta Beby Tora jangan marah akan teguran itu.
@bebytoratora tq @sukadessert fav sapa ni !!!
@bebytoratoraReply to @imbebbb♬ original sound – bebytora
Namun jawapan yang diberikan oleh Beby Tora nyatanya amat mengejutkan orang ramai. Menurutnya, tahap atau paras gula yang sudah diperiksanya pada setiap hari sekitar 6 atau 7 sahaja. Dalam masa yang sama, dia juga meminta agar mendoakan yang baik-baik sahaja buat dia.
Namun rata-rata warganet membalas bahawa paras gula 6 hingga 7 itu sudah tinggi. Melihat kepada jawapan itu, Beby Tora kemudiannya menerusi video lain meminta maaf kepada warganet dan turut mengucapkan terima kasih kerana sudi menegurnya.
@bebytoratora Reply to @biey2545
@bebytoratoraReply to @biey2545♬ original sound – bebytora
Menjengah ke ruangan komen berkenaan dengan video permintaan maaf itu, rata-rata warganet mengiyakan bahawa tahap gula 6 hingga 7 itu sudah memasukki tahap diabetes. Untuk pengetahuan anda, tahap normal paras gula adalah 4 hingga 6 selepas dua jam makan.
Walaubagaimanapun, kami mendoakan semoga Beby Tora diberikan kesihatan yang baik selalu dan tetaplah menjaga kesihatan. Begitu juga buat semua orang, sayangilah kesihatan kita dan jagalah pemakanan sebaik yang mungkin.
Kredit: TikTok Beby Tora
Baca juga: Buat Live Makan Di IG, Wanita Ini Menangis Bila Ditanya “Tak Teringin Ke Nak Anak?”