Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Menjijikkan! Campur Bebola Ikan Dan Babi, Kilang Bebola Yang Beroperasi Sejak 50 Tahun Lalu Diarah Tutup!

Menjijikkan! Campur Bebola Ikan Dan Babi, Kilang Bebola Yang Beroperasi Sejak 50 Tahun Lalu Diarah Tutup!

Kategori:

Menjijikan. Itulah perkataan yang dapat digambarkan apabila lipas serta najis tikus ditemui di tempat memproses makanan di sebuah kilang bebola ikan dan daging ketika diserbu anggota Jabatan Kesihatan Negeri Pula Pinang di Lorong Bertam Indah di sini hari ini.

Serbyan Ops Tegar pada pukul 10 pagi semalam telah mendapati kilang yang sudah beroperasi sejak 50 tahun itu tidak mengikut piawaian ditetapkan malah keadaanya teramat kotor.

Menurut Mohd Wazir Khalid, Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP, hasil pemeriksaan mendapati pengendali makanan itu mencampurkan bebola ikan dengan bebola daging babi di tempat memproses yang sama.

Katanya juga, pembungkusan bebola ikan dan daging itu mengelirukan orang ramai kerana dilabelkan dalam bahasa Cina dan sebahagiannya pula dibiarkan tanpa label. Lebih mengejutkan lagi, najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat menghurung bebola ikan yang sudah siap diproses.

Pernah diserbu dua kali pada tahun lalu…

Menurutnya lagi, beliau mendapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja tidak memakai kasut ketika melakukan proses menyediakan bahan basah tersebut.

Turut serta dalam operasi tersebut adalah pihak berkuasa tempatan dan pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang.

Banyak kesalahan yang dilakukan kilang terbabit walaupun pernah diserbu dua kali pada tahun lalu. Kilang tersebut diarahkan ditutup selama 14 hari untuk kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Selain itu, setiap pekerja kilang tersebut didenda RM300 mengikut Peratutan 32 iaitu berkaitan dengan pakaian pengendali makanan.

Sumber: Malaysia Gazette

 

tags: | |