Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Rupa-Rupanya Cara Yang Kita Bagi Anak Makan Ubat Selama Ini Adalah SALAH! Kenapa? Jom Ikuti Perkongsian Wanita Ini

Rupa-Rupanya Cara Yang Kita Bagi Anak Makan Ubat Selama Ini Adalah SALAH! Kenapa? Jom Ikuti Perkongsian Wanita Ini

Kategori: ,
cara betul bagi anak makan ubat

Anak-anak demam atau tidak sihat merupakan satu perkara yang sangat merisaukan bagi kaum ibu. Kadangkala terpaksa ambil cuti berhari-hari dan berjaga siang malam kerana anak-anak demam panas dan tak sembuh-sembuh. Dah pergi klinik dan dah memberi ubat tetapi masih juga tidak pulih. Bukankah ubat yang diberi oleh doktor ini dapat merawat?

Kalau dah makan ubat berbotol-botol tapi masih juga tidak baik cuba perhatikan cara yang anda gunakan sewaktu anda memberi ubat kepada anak-anak. Sebenarnya ada cara yang betul yang perlu kita gunakan. Jom kita ikuti perkongsian daripada wanita ini.

Rupanya SALAH caraku bagi anak makan ubat!

Rupanya SALAH caraku bagi anak makan ubat!
Hari tu ada kawan facebook akak cerita mengenai baby dia. Ceritanya macam ni
Anak dia yang baby tu umur 8 bulan. Dah 2minggu demam dan masih tak kebah-kebah. On off la. Kali kedua, kawan akak bawa balik babynya jumpa doctor di satu klinik swasta ni , di pinggiran batu caves. Kawan akak bgtau la balik doctor yang anak dia demam tak kebah pun.
Lepas tu doctor pun tu tanya. “Berapa kali puan bagi anak makan ubat?”
Lepas tu kawan akak cakap la. Dia bagi makan ubat macam biasa la ikut masa doctor tetapkan.
Then doctor tu tanya balik, “Bagaimana cara puan bagi anak ubat ?”
Kawan akak pun cakap “Saya buat cam biasa la doctor, celup penyedut dalam botol. Sedut la ubat pakai syringe tu, Lepas tu bagi anak. Lepas tu saya bagi ubat lain pulak.”
Doctor tanya lagi “Syringe tu puan guna yang sama?” Kawan akak pun cakap, “Ya, saya masuk balik syringe tu ke botol lain sedut ubat lain dalam ubat lain”.
Doctor tu pun pandang kawan akak ni sambil senyum dan cakap “salah cara puan bagi ubat tu!” Kawan akak pun punya la terkejut bila doctor dah explain panjang lebar, hakak pun baru tau yang selama ni kita memang salah cara bagi anak makan ubat.
Doctor cakap kalau dah mencelup ubat macam. ubat itu dah tak ada fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat dah hilang. Ibarat seperti bagi air gula je pada anak.
Pesan doctor, ubat mana yang sudah dicelup nanti buang. Jangan nak simpan. kalau cara bagi anak makan ubat yang betul boleh tahan selama sembilan bulandalam peti sejuk. Kecuali antibiotik, tempoh singkat.
Contoh yang salah adalah celup dalam botol ubat pertama kemudian bagi pada anak. Selepas itu guna syringe yang sama tanpa basuh bersih, celup pula botol kedua.
Point yang mudah:
1. Nak celup pakai syringe je, lepas itu basuh bersih dan celup lagi. ITU BOLEH.
2. Nak tuang dalam penutup selepas itu bagi pada anak, tak payah pakai syringe. ITU PUN BOLEH.
3. Nak pakai satu ubat, satu syringe. ITU LAGILAH BOLEH.
Faham kan?

Jom ikuti langkah-langkah yang betul

  1. Ni cara yang betul bila nak bagi anak makan ubat. Langkah pertama tuang dulu ubat pada penutup transparent yang di sediakan di setiap botol ubat. Tuang ikut nombor yang di penutup, mengikut berapa ML yang kita nak.
  2. Langkah kedua pulak. Pastikan kita hanya masukan muncung syringe je ye. Jangan masukan dengan badan-badan dia. Lepas tu baru kita sedut perlahan-lahan. Kalau ada ubat yang berlebihan dalam penutup transparent tu BUANG je. Ingat! Jangan masukkan balik dalam botol dan jangan sesekali main celup syringe dalam botol ubat. Kalau ada tiga jenis ubat, pastikan kita sediakan tiga jenis syringe . Satu ubat, satu syringe. Baru ia tak bercampur.
  3. Macam ni ye. Hanya muncung dia je!
  4. Tapi kalau kita hanya ada 1 syringe pastikan kita basuh bersih-bersih dulu sebelum kita masukan pada botol lain. Seeloknya sediakan cawan berisi air bersih kalau jauh sangat nak berjalan pergi dapur cuci.

SEMOGA BERMANFAAT!

Sumber: Viral Media Johor

Baca juga: Walaupun Murah Ini Kelebihan Minuman Halba Yang Ramai Tak Tahu, Mengalahkan Emas Sebab Mampu Merawat…

tags: |