Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Tips Berhenti Merokok Bagi Perokok Tegar! Kunyah Bahan ‘Ini’ Je, Mampu Hentikan Ketagihan Merokok!

Ini Tips Berhenti Merokok Bagi Perokok Tegar! Kunyah Bahan ‘Ini’ Je, Mampu Hentikan Ketagihan Merokok!

Kategori: ,
cara berhenti merokok dengan mudah

Merokok adalah bukan amalan yang murni. Hukum merokok juga adalah haram. Telah diputuskan secara muktamad apabila difatwakan secara bersama Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia melalui muzakarah ke 37 pada 23 Mac 1995.

Merokok adalah difatwakan haram dan dilarang kerana ia mendatangkan kemudharatan kepada perokok dan juga orang lain. Kadang-kadang sesetengah perokok ini mereka tahu kesan bahaya merokok dan hukumnya. Tetapi apabila sudah bertahun-tahun merokok memang agak sukar untuk berhenti kan?

Bukan tak sayang nyawa, bukan tak sayang anak bini tetapi rasa ketagihan yang melampau-lampau itulah membuatkan para perokok ini tewas di pertengahan jalan. Dah cuba macam-macam tapi masih tidak berhasil? Apa kata kali ini anda ambil ubat Nicorette. Ubat ini boleh dapatkan di Farmasi yang berdekatan dengan anda.

Tambahan pula cara makan ubat ini amatlah mudah, hanya kunyah sahaja. Cara ini dikongsi oleh seorang individu di laman facebook. Menurutnya memang dengan hanya mengunyah Nicorette mampu berhenti merokok.

Cara Ambil Nicorette

Cara ambil senang sahaja. Tiap kali rasa nak merokok, korang kunyahlah benda ini. Memang tiada limit. Menurut pharmacist, stage awal berhenti rokok memang akan ambil banyak. Tapi kita sendiri yang kena belajar control diri. Dalam tempoh sebulann cuba kurangkan kebergantungan dekat Nicorette ini. Minumum untuk korang berhenti merokok setelah amalkan ubat ini adalah 3 bulan.

Jimat ke? Mungkin jimat daripada korang merokok sebab harga sekotak untuk Nicorette ini adalah RM140/105pcs (dalam ada 7 keping). Bukan semua farmasi yang jual Nicorrete ini. Kalau dekat tempat korang ada Siang Farmasi boleh dapatkan di sana. Tapi korang boleh survey je dekat Farmasi mana-mana yang berdekatan dengan korang.

https://www.facebook.com/ViralMediaJohor/posts/2200037573363064?__cft__[0]=AZUWCFp_76BvLD9zMD0-GmaY8M463cTZ_fiezE3y_vkww8flR_GdiFCFUPtowc_EjkdVP3UpkA30XkuRt8E8sJLqzWeTOSl4Iz0Dl2a3Hzig3jFIJUrg2xO8lL035NV9z0b-toNNJLca1ub9gbWyMN-oKh7qMmAU0uclV0ozPqDK9QmPgG3e4EF2mRgzFEn5QO5SLSyMpHWD2hPIIVSkuV19&__tn__=%2CO%2CP-R

Sumber: Viral Media Johor

Baca juga: Walaupun Murah Ini Kelebihan Minuman Halba Yang Ramai Tak Tahu, Mengalahkan Emas Sebab Mampu Merawat…

tags: | |