Jika sekali-sekala makan ketam bersama keluarga memang nikmat. Masalahnya, jika beli yang siap dimasak, harganya memang tak dinafikan agak mahal. Apa kata anda cuba masak sendiri ketam di rumah?
Pilihlah ketam hidup yang dijamin lebih segar, isinya sudah tentu lebih manis berlemak dan lembut. Tapi, pasti ramai yang mengelak untuk beli ketam hidup kerana tak tahu cara untuk matikannya dengan betul tanpa rasa bersalah.
Biasanya kalau nak matikan ikan, kita akan ketuk pada bahagian kepalanya. Macam mana pula untuk matikan ketam yang hidup?
Ada sesetengah orang, mereka akan siram air panas pada ketam. Cara ini tak salah, tapi nanti isi ketam akan masak. Kemungkinan, kaki-kaki ketam juga akan luruh.
Jom kita ikuti cara matikan ketam yang mudah dari Sinaran Wanita ini. Cara yang digunakan cukup mudah, kesegaran rasa isi ketam juga terpelihara.
Bila ketam dah mati, barulah kita senang hati untuk siang dan bersihkannya. Jom kita tengok cara mudah untuk siang ketam sebelum sedia dimasak.
Bila anda sudah bersihkan ketam, anda bolehlah masaknya mengikut resepi kegemaran anda. Pastikan anda tak masak ketam terlalu lama,ya. Barulah isinya lembut dan kekal segar.
Lepas ni dah tak ada masalah lagi untuk anda masak ketam segar. Barulah puas makan di rumah bersama keluarga. Selamat mencuba!
Sumber : Sinaran Wanita, rasa.my