Pasti kejadian ini pernah berlaku pada sesetengah orang. Apabila panaskan lauk, kemudian terlupa untuk menutup api. Akhirnya makanan dan periuk kesayangan menjadi rentung, hangus dan hitam legam dibuatnya!
Kalau dah berlaku seperti ini, memang susah untuk dibersihkan kerak-kerak hitam pada periuk tersebut. Sudahnya periuk itu terpaksa dibuang walaupun umum sudah tahu, periuk kaca agak mahal juga harganya.
Rupanya periuk yang rentung, berkerak hitam itu masih boleh diselamatkan! Jadi jika perkara ini berlaku semula nanti, ikut sahaja petua yang dikongsikan oleh Lia Johari di bawah. Periuk kesayangan anda pasti kembali bersih berkilat!
Alkisah periuk Visions kesayangan yang hampir arwah! Just nak sharing kot jadi panduan pada yg lain. Kejadian berlaku beberapa bulan yang lepas. Kalau time pagi kalut² nak siap pegi kerja tu tak payahla sibuk nak pi panaskan lauk kat dapur.
Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya. Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pd hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak. Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Tobat takmo buat dah..huhu.
Periuk visions yang dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut. Tapi dapat petua dari perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat diselamatkan.
Petua : Rendam periuk dengan air + soda bikarbonat + cuka.
Lama juga saya rendam, sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali, rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.
Kredit: Lia Johari via Kelab Kaki Deko
Baca Juga: Awas Yang Suka Beli Telur Pecah Dalam Plastik, Ini Kesan Yang Bakal Anda Tanggung