Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Ini Dia Cara Betul Dan Menjadi Buat Telur Mata Goyang, Tak Kan Gagal Punya Kalu Betul-Betul Ikut Cara Ini!

Ini Dia Cara Betul Dan Menjadi Buat Telur Mata Goyang, Tak Kan Gagal Punya Kalu Betul-Betul Ikut Cara Ini!

Kategori:
cara buat telur mata goyang

Telur mata goyang atau telur bergedik memang sangat diminati orang ramai. Kalau anda perasan, dekat kedai banyak yang sediakan telur mata macam ni kan? Lepas tu ramai pula yang muat naik video atau gambar telur mata tersebut ke laman sosial. Seolah-olah ia menjadi trend sekarang. Tetapi kalau kita cuba dekat rumah, tak pernah menjadi elok kan?

Tahukah anda telur mata goyang yang ideal adalah apabila keseluruhan kuning telur tak menjadi padat dan semua putih telur kering. Manakala bahagian bawah putih telur ada kerak kecoklatan sedikit(kurang muak) dan mempunyai selaput putih menutupi kuning telur tersebut.

Ini Dia Cara Betul Dan Menjadi Buat Telur Mata Goyang, Tak Kan Gagal Punya Kalu Betul-Betul Ikut Cara Ini!

1. PEMILIHAN TELUR YANG BETUL

Yang pertama adalah pemilihan telur. Pemilihan telur ini juga adalah penting. Saiz tak kisah yang pasti telur tersebut mestilah yang masih baru. Selain itu, selepas anda beli telur tersebut jangan terus dicuci. Kalau nak guna baru cuci sebab kalau cuci awal, akan ganggu lapisan telur yang berfungsi melindungi isi telur. Telur yang agak lama dan dicuci terlalu awal akan buat kuning dia pecah.

2. SELEPAS TELUR DIBASUH LAP HINGGA KERING

Dan apabila dah habis basuh lap kering. Sebab tak nak air dekat kulit masuk sama apabila kita pecahkan telur nak menggoreng nanti. Kain lap tu boleh pakai apa sahaja kain.

3. PECAHKAN TELUR DALAM BEKAS DAHULU

Sebelum sesi menggoreng dimulakan, pecahkan telur dalam bekas dahulu. Kadang tangan kita tak dibedung dulu, pecahkan telur atas kuali, telur tu dah hancur macam telur dadar sebelum cecah kuali Disamping itu kalau baru keluar peti sejuk dia ada can kurang sejuk sikit. Tak nak dia terkejut dari sejuk .

4. GUNAKAN KUALI ‘NON STICK’

Paling baik pakai kuali ‘non stick’ yang tak lekat. Kawalan suhu lebih sekata. Tapi tetap kena bubuh minyak sedikit. Kalau kuali biasa minyak kena lebih lagi. Minyak goreng biasa tu je. Api antara sedang dan besar. Tapi jangan lama sangat. Jangan tunggu berasap satu dapur. Air fryer boleh ke tak? Tak bole la, gedik. Ini telur yang gedik, bukan yang masak.

5. TUANG TELUR APABILA KUALI DAH BETUL PANAS

Dah cukup panas boleh tuang telur. Jangan tinggi sangat macam buat teh tarik; pecahlah ia. Bagi dia ‘landing’ ngam ngam atas minyak tu.

6. WAJIB ADA PENUTUP

Okay ini tips paling penting. Wajib ada tutup yang boleh cover kuali tu. Tak ngam ngam takpa. Janji boleh cover telur. Saya pakai tudung periuk je. Selepas letakkan telur atas kuali panas, basahkan satu tangan macam basuh tangan tu, bukan takung macam nak ambil wuduk ya. Kemudian terus renjiskan air yang ada kat tangan tu ke tutup (banyak lebih kurang macam dalam gambar). Hanya terbalikkan tutup bila betul betul atas kuali sambil terus tutup.

7. ADJUST API MENGIKUT KESESUAIAN

Api pun main peranan penting. Terus adjust macam dalam gambar. Tak nak terlalu kuat nanti hangus dan tak sekata. Setiap dapur berbeza. Dapur kayu api, minyak tanah saya tak tahu setting dia macamana. Biarkan dalam 30 saat dan buka tudung nak tengok masak dia macamana. Kalau belum tengok lagi tiap 10 saat.

8. DAH MASAK TERUS TUTUP API

Dah ngam masak terus buka periuk, tutup api. Untuk yang guna non stick, tolong ya pakai sudip bukan besi. Besi boleh calarkan lapisan coating non stick dan bahayakan kesihatan. Sudip tu masukkan perlahan lahan bawah telur just in case ada lekat lekat sikit. Slide je telur tu masuk dalam pinggan dan siap!

SEMOGA BERMANFAAT!

Kredit: Khabbab Jamalludin Via MAHN

tags: