Kaki ayam merupakan antara sumber kolagen yang agak tinggi. Hal tersebut telah pun diperakui oleh Universiti Taiwan yang mana telah membuat kajian. Disebabkan itu ramai golongan wanita yang suka makan kaki ayam ini. Sama ada dimasak sup, dibuat kerabu atau pun lain-lain hidangan.
Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak suka makan kaki ayam ini. Bagi mereka ia dianggap kotor. Tetapi bagi penggemar kaki ayam, apa jua menu yang berkaitan dengan kaki ayam ini pasti mereka makan sampai tak ingat dunia.
Namun pastinya ada satu masalah yang sering menganggu penggemar kaki ayam ini, iaitu tulangnya. Orang kata lebih ‘syok‘ kalau makan kaki ayam ini tanpa tulang. Nak tahu cara mudah buang tulang kaki ayam tu tak? Jom kita tengok video di bawah ini.
@phanhongngoc37Cách rút xương chân gà cho các Bn nhé 🥰♬ nhạc nền – Phan Hồng Ngọc 37✅ – Phan Hồng Ngọc 37 (小玉)
@phanhongngoc37 Cách rút xương chân gà cho các Bn nhé 🥰
♬ nhạc nền – Phan Hồng Ngọc 37✅ – Phan Hồng Ngọc 37 ( Trị mụn )
Mudah sahaja kan cara buang tulang kaki ayam ini? Lepas ni pasti lebih sedap kalau makan kaki ayam tapi tiada tulang. Lebih nikmat dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi jika anda bukan seorang yang gemar atau pandai makan ayam yang ada tulang ini. Jadi memang tips ini khas untuk anda!
Sumber : Phanhongngoc37
Baca juga : Resepi Tomyam Kaki Ayam Thai Yang Kaw! Tak Berbau Dan Sangat Sedap Confirm Licin Satu Periuk