Musim tengkujuh telah tiba jadi apabila musim hujan macam ni, mesti best kalau dapat makan ubi kayu kan? Ubi kayu yang dicicah dengan sambal ikan bilis dan kelapa parut. Memang menyangkut habis.
Tapi sebelum sesi merebus ubi kayu diteruskan, mestilah perlu ada ubi kayu terlebih dahulu. Dan apabila anda membeli ubi kayu pastikan anda memilihnya dengan betul supaya apabila direbus nanti rasanya sangat empuk dan sedap.
Mungkin ada sesetengah daripada kita tidak pandai memilih ubi kayu dengan betul dan elok kan? Takpe, tak perlu risau dah, sebab ini ada petua atau tips yang mudah yang korang boleh gunakan dalam memilih ubi kayu. Supaya apabila direbus nanti rasanya tersangatlah sedap!
Petuanya yang pertama adalah pastikan anda memilih ubi kayu yang mempunyai lapisan kulit dalam berwarna merah jambu berbanding ubi kayu yang mempunyai lapisan kulit dalam berwarna putih. Kebiasaannya ubi kayu yang mempunyai kulit dalam berwarna merah jambu empuk apabila direbus.
Petua yang kedua pilih, anda jangan sesekali memilih ubi yang mempunyai kesan luka atau berlubang kerana kemungkinan besar ubi kayu yang luka itu sudah masuk angin. Jadi pilihlah ubi kayu yang masih baru atau lembap(akibat daripada kesan tanah). Sebab kalau ubi kayu yang sudah masuk angin dimasak, rasa ubi kayu tersebut akan keras (tidak empuk). Kalau di kampung, ubi kayu yang sudah masuk angin akan diberi makan kepada haiwan ternakan seperti ayam dan itik.
Walau bagaimanapun, keempukan ubi kayu juga bergantung kepada jenis tanah yang digunakan. Tanah gambut adalah tanah terbaik untuk menanam ubi kayu.
Untuk pengetahuan anda semua, kulit ubi kayu adalah tidak selamat untuk dimakan kerana ia mengandungi asid hidrocianik yang membahayakan kesihatan. Oleh sebab itu, kita tidak digalakan untuk membakar ubi kayu dan memakannya kerana bimbang asid hidrocianik daripada kulit tadi akan meresap ke dalam ubi kayu semasa prosess pembakaran.
Di samping itu, hasil kajian daripada Jabatan kesihatan Masyarakat UKM, mendapati 75 peratus penduduk asli Pos Sinderut, di Kuala Lipis menghadapi penyakit beguk akibat amalan memakan ubi kayu bakar yang tidak dibuang kulit.
Sumber : (Jamal & Zaleha, 2008) Kredit : Otak Beku Rasmi
Baca juga: Lupa Nak Tanya Cara Rebus Ubi, Wanita Ini Rebus Ubi Kayu Bersama Kulit Buat Netizen Geli Hati