Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tak Perlu Upah Orang , Ini Cara Betulkan Pintu Peti Sejuk Sendiri, Boleh Jimat Duit !

Tak Perlu Upah Orang , Ini Cara Betulkan Pintu Peti Sejuk Sendiri, Boleh Jimat Duit !

Kategori:
cara betulkan pintu peti sejuk

Bagi yang mempunyai peti sejuk dah sudah berusia belasan tahun, pasti akan sampai satu tahap di mana peti sejuk akan mula meragam.

Antara kerosakan yang sering berlaku adalah masalah pintu peti sejuk yang susah untuk ditutup rapat akibat getah pada pintu yang expired.

Kalau nak tahu, sebenarnya ada cara mudah untuk betulkan pintu yang susah nak tutup rapat ni, beli saja getahnya dan tukar sendiri.

Caranya tak susah pun, malah lebih menjimatkan kos. Anda juga tak perlu gunakan peralatan yang rumit untuk selenggara sendiri.

Kalau nak beli getah pintu peti sejuk secara online pun boleh, namun anda perlulah dapatkan ukuran yang tepat.

Untuk memudahkan urusan pembelian, anda boleh ambil gambar serta catatkan jenama, model serta ukuran peti ais, kemudian maklumkan pada peniaga supaya anda tak tersalah beli.

Ini maklumat yang biasa diminta oleh penjual :

Cara Betulkan Pintu Peti Sejuk

Kredit ; hasrulhassan.com

Jika getah gantian yang anda beli agak melengkung, jemurkan dahulu seketika kira-kira 2 ke 3 jam. Langkah ini bertujuan untuk melembutkan getah supaya berada pada saiz yang betul.

Sekarang, bila anda dah dapatkan getah peti sejuk yang beru, barulah anda boleh gantinya sendiri.

Jom kita tengok cara-caranya !

Cara Betulkan Pintu Peti Sejuk Sendiri, Mudah Saja Rupanya !

Sebelum anda mulakan penyelenggaraan secara DIY ini, anda perlu pastikan getah pintu peti sejuk memang betul-betul expired. Tanda utama ia sudah sampai tarikh luput adalah getah yang sudah tertanggal dari pintunya.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Pertama, anda perlu cabut getah bermula dari penjuru atas seperti dalam gambar di bawah. Tarik saja sampai getah tercabut.
  2. Bersihkan ruangan letakkan getah daripada kekotoran. Kalau nak lagi bersih, anda juga boleh gunakan sabun pencuci pinggan mangkuk cecair yang dicampurkan dengan air. Setelah dibersihkan, lap sehingga kering.
  3. Kemudian, pasang getah pintu peti sejuk yang baru. Untuk memasang, tekan setiap penjuru terlebih dahulu. Kemudian, baru tekan bahagian lain.
  4. Ini bagi mengelakkan terlebih saiz di setiap penjuru. Pastikan anda tekan rapat-rapat supaya senang anda nak tutup pintu nanti.
  5. Bila sudah dipasang elok, uji getah pintu yang baru dipasang tadi sama ada melekat elok atau tidak. Jika berfungsi dengan elok, Alhamdulillah.
  6. Jika masih belum memuaskan. Periksa semula  getah tadi dan pastikan setiap bahagian dipasang dengan kemas.

 

Cara Betulkan Pintu Peti Sejuk

Cara Betulkan Pintu Peti Sejuk

Begitulah cara betulkan pintu peti sejuk sendiri. Tak susah mana pun rupanya ! Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk selenggara peti ais dengan lebih jimat. Selamat mencuba !

Sumber : hasrulhassan.com , Deko-deko impian Malaysia

tags: |