Rambutan merupakan antara buahan tempatan yang kaya dengan air yang dapat membantu mengembalikan tenaga yang hilang. Rata-rata rakyat Malaysia menggemari buah rambutan ini. Namun apa yang menimbulkan sedikit masalah ketika makan buah rambutan ini adalah apabila tergigit bijinya.
Sekali tergigit boleh hilangkan selera terus. Memang leceh. Jadi untuk lebih senang dan selamat, apa kata anda gunakan cara atau kaedah yang dikongsikan oleh Amanda Tan ini.
Cara yang dikongsikan olehnya sangat mudah serta cepat. Buah pun elok je. Takde rosak atau terkoyak sana sini. Kalau buang biji semua, letak dalam peti ais lepastu makan sambil menonton televisyen syok kan.
Musim rambutan berlambak tapi leceh kalau tergigit biji kan. Ni ha Amoijamu ajar cara senang jeluarkan biji rambutan pakai sudu plastik je. Buah masih kekal elok. Janji selamat, senang dan cepat.
Kepada yang malas nak buat, sila abaikan perkongsian saya. Saya kongsikan supaya rambutan boleh diolah dengan buah lain untuk dijadikan resipi manisan. Tak payah beli dari tin yang penuh dengan bahan pengawet.
Yang paling penting, budak-budak kecil boleh makan dengan selamat tanpa biji. Itu aje sebab saya kongsikan. Biar lama asalkan selamat untuk budak-budak. Yang tak ada anak tu tak rasa sangat kot.
Lihat video di sini
Sangat mudah je kan nak buang biji rambutan ini. Lagi pun kalau buang banyak-banyak terus lagi elok. Simpan dalam peti ais, nak makan terus ngap je. Nak buat jus pun boleh dan selamat macam ini. Kalau nak bagi anak kecil makan pun sangat okay.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Amanda Tan
Baca juga: Siapa Pernah Cuba Kari Rambutan? Ramai Orang Cakap Sedap, Ini Resepinya