Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Air Katira Resepi Asli Johor, Serius Memang Sedap!

Cara Buat Air Katira Resepi Asli Johor, Serius Memang Sedap!

Kategori: ,
cara buat air katira

Setiap kali bulan Ramadhan tiba, air katira merupakan air yang sentiasa popular di bazar Ramadhan. Namun, ada juga sesetengah peniaga yang menjual air katira menggunakan resepi tangkap muat je.

Dibawah ini adalah katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
Katira ni boleh di beli di pasaraya(kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.

Minuman ni berasal dari timur tengah(tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.

Jadi apa kata jom buat sendiri je kat rumah, lagi sedap dan semestinya resepi asli! Jom ikut resepi air katira asli johor perkongsian dari Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Cara Buat Air Katira Resepi Asli Johor

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar katira
  • 1 sudu besar biji selasih
  • 3 biji kurma
  • 3 biji kembang semangkuk
  • 4 biji badam
  • 4 helai daun pandan
  • 4 sudu besar gula
  • 1 liter susu segar

*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml

Cara-cara:

  1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
  2. Macam ni. Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
  3. Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.
  4. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
  5. OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
    Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
  6. OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
    Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
  7. Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
  8. Ok kita close up sikit Air Katira Johor kita. Lihat warnanya. Hijau lembut sahaja, kan?

Mudah sahaja kan nak buat Air Katira ini? Sangat sesuai untuk dibuat pada bulan Ramadan ini. Pastinya lebih berpuas hati jika dibuat sendiri berbanding membeli di kedai. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Selamat mencuba!

Baca juga: Ini Cara Buat Air Ribena Lemonade, Confirm Sedap Dan Tak Kering Tekak Bila Berbuka Puasa Nanti!

tags: |