Sekolah masih belum buka lagi, jadi boleh lah buatkan anak-anak anda aiskrim sumi jelly ini. Sebagai hadiah untuk mereka sebab mereka bakal bersekolah kembali selepas lama bercuti akibat COVID-19 ini. Mereka pasti suka kalau dapat ini. Kalau buat ini confirm tak sampai sehari dah licin.
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu pekat
 
- 1 tin susu cair
 
- 4 tin air kosong
 
- secubit garam
 
- 2 bungkus sumi – belah 4/6 ikut masing-masing
 
CARA PENYEDIAAN:
- Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam
 
- Masak air sampai garam hancur
 
- Masukkan baki 3 air tin
 
- Kacau rata, biarkan sejuk
 
- Sumi yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut
 
- Sedia untuk dibekukan
 

SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Home Cookies