Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Apam Jagung Yang Mudah, Isi Jagung Berketul-Ketul. Memang Sedap Tak Terkata!

Cara Buat Apam Jagung Yang Mudah, Isi Jagung Berketul-Ketul. Memang Sedap Tak Terkata!

Kategori:
resepi apam jagung

Seperti yang diketahui ramai, jagung merupakan bijiran yang kaya dengan pelbagai vitamin. Selain direbus lalu dimakan begitu sahaja, jagung ini juga sangat enak jika dibuat cengkodok atau pun apam. Apam Jagung merupakan salah satu kuih muih yang sangat terkenal di sesetengah tempat.

Rasanya memang tersangatlah sedap. Lebih-lebih lagi jika anda meletakkan ketulan jagung. Selain rasanya gebu gebas apam ini juga akan terasa manis dek kerana ketulan jagung tersebut. Nak cuba buat Apam Jagung seperti ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Norfazida Gda di bawah ini.

Resepi Apam Jagung Bersama Ketulan Jagung Yang Super Enak!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan jagung krim
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan minyak jagung/masak
  • 2 sb susu pekat/susu jagung SAJI
  • 1 biji telur gred A/B
  • Sedikit pewarna kuning (optional)
  • Sedikit jagung fresh untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Tambahkan garam. Ketepikan.
  2. Putar/kisar gula, minyak jagung masak, susu pekat dan telur hingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak tadi. Putar hingga sebati. Akhir sekali, masukkan pewarna kuning dan jagung krim putar atau kacau sehingga sebati.
  4. Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih. Sediakan papercup yang dialas dengan acuan lompang/muffin/bekas plastik.
  5. Sudukan/paipkan adunan apam sehingga penuh papercup. Taburkan sedikit jagung fresh di atasnya.
  6. Kukus adunan dengan api yang kuat selama 20-25 minit.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Apam Jagung ini? Bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapatkan. Jadi kalau anda seorang yang gemar akan jagung, bolehlah mencuba apam ini. Pastinya puas hati!

Selamat mencuba!

Kredit: Norfazida Gda

Baca juga: Cara Buat Puding Jagung Terpaling Sedap & Mudah, Sekali Buat Terus Licin. Anak-Anak Pun Sangat Suka!

tags: | |