Kadang-kadang rasa bosan juga asyik makan ayam goreng kan? Apa kata jom buat kelainan sedikit untuk anak-anak, contohnya ayam bakar macam ni pula. Cara membuatnya juga sangat mudah. Hanya perlu perap dengan sos yang ada di rumah dan bakar dalam oven. Empunya resepi Fazilawati Binti Padzil siap bagi pesanan, jangan buat sikit sebab risau tak cukup!
Cara Buat Ayam Bakar Paling Senang Tapi Sedap, Perap Guna Sos Apa Ada Je
Bahan-bahan:
-
12 ketul ayam
-
2 sb cili kisar
-
5 sb sos cili kimball
-
1 sb sos tomato
-
1 sb sos tiram
-
1/2 sb serbuk perasa hilal / yg sediaada
-
1 1/2 sb gula
-
1 sk garam
-
2 ulas bawang putih tumbuk kasar
-
1 sb Biji ketumbar + 1 sb lada hitam (kisar kasar)
Cara-cara:
-
Gaulkan semua sekali dan perap semalaman.
-
Bakar pada suhu 180°c – 200 °c selama 40 minit.
-
Untuk oven saya, saya gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja.
Kredit: Fazilawati Binti Padzil