Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ibu Ini Kongsi Cara Buat Ayam Goreng Ala IKEA, Rasa Sebijik Sama!

Ibu Ini Kongsi Cara Buat Ayam Goreng Ala IKEA, Rasa Sebijik Sama!

Kategori:
ayam goreng ala IKEA

Jika anda ke IKEA, wajib singgah untuk makan di sana bukan? Ayam goreng mereka pula merupakan hidangan yang wajib dipesan disamping meatball yang terkenal itu.

Namun, harga ayam goreng untuk satu pinggan agak mahal untuk 4 ketul ayam. Setiap kali beli pasti tidak cukup untuk satu keluarga.

Seorang ibu berkongsikan cara membuat ayam goreng ala IKEA dan menurut beliau, rasanya juga sebiji sama seperti makan di IKEA. Buat sendiri lagi puas hati makan! Jom lihat perkongsiannya di bawah.

Resipi Ayam Goreng Ala IKEA

Bahan-bahan:

  • 9 keping chicken wing @1 kilo kepak ayam
  • 3 sudu besar SOS tiram
  • 3 sudu besar light soy sauce
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu serbuk perasa knorr@maggi
  • 1½ sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar All purpose seosoning
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar air putih
  • 4 sudu besar topioca starch
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Minyak masak (untuk mengoreng)

Cara perapan:

  1. Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam,cuci sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak.
  3. Gaul sebati dan simpan di dalam plastik atau bekas tertutup.
  4. Perap paling kurang 8 jam dan sebaiknya semalaman. Simpan ditempat biasa (bukan tempat beku).

Cara memasak:

  1. Keluarkan ayam dari peti sejuk 30 minit sebelum mengoreng.
  2. Panaskan minyak, api yang sederhana pada suhu 150c atau celupkan lidi (kalau buih-buih dipermukaan lidi keluar di pertengahan minyak panas. bermakna suhu dah mencapai tahap 150c.
  3. Masukkan 3-4 keping kepak ayam dan goreng 3 minit disetiap bahagian. Tambah lagi 3 minit disetiap bahagian (total 6 minit mengoreng ayam).
  4. Angkat dan toskan ayam pada tisu. Biarkan ianya rehat 6 minit dan masukkan semula ayam di dalam kuali.
  5. Masak sehingga garing paling kurang 3-4 minit (tujuannya untuk mendapat texture yang rapuh@rangup diluar dan berjus didalam isi ayam) dan ayam masak dengan sempurna.

Kredit: Nurul Ateekah

tags: