Siapa sahaja yang tidak mengenali Khairulaming. Seorang selebriti masakan media sosial Malaysia yang sangat terkenal dengan video resepimasakannya yang kreatif.
Sempena Ramadan tahun ini, beliau kembali lagi dengan 30 hari 30 resepi sepanjang puasa tahun ini. Boleh dikatakan, semua video masakan beliau telah menjadi fenomena dan menjadi inspirasi kepada mereka yang baru menjinak-jinak dalam masakan. Turut memberi ilham buat penonton untuk memasak juadah berbuka puasa.
Salah satu menu masakan yang telah viral iaitu ayam tiram Thai yang mendapat hampir 2.5 juta tontonan di laman sosial Instagram. Nak tahu cara memasaknya? Jom lihat resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!
Resipi Ayam Tiram Thai Resepi Khairulaming
Bahan-bahan perapan ayam:
- 10 ketul ayam
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- Garam/secukup rasa
- 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara penyediaan perapan ayam:
- Satukan semua bahan dan lumur sebati pada ayam.
- Bakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180-200°C selama 20 minit.
Bahan sos:
- 5 ulas bawang putih
- 4 biji cili padi merah
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 sudu kecil kicap cair
- 2 sudu besar gula
- 1 biji perahan limau nipis/lemon
- Daun ketumbar yang dipotong halus
Cara-cara penyediaan sos:
- Satukan bawang putih dan cili padi merah. Tumbuk sampai lumut menggunakan lesung.
- Masukkan bahan lain dan gaul semua bahan sampai sebati.
- Akhir sekali curahkan ke atas ayam yang sudah masak.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Raja Siti Afiqah Azmi