Selama ini, kita hanya biasa mendengar dan makan bahulu biasa je kan? Bahulu biasa yang dijual di tepi-tepi jalan rasanya manis dan gebu tanpa ada isi dan inti di dalam. Tapi kali ini, perkongsian resepi amat menarik dan unik. Lain dari yang lain.
Kami kongsikan cara buat bahulu berlauk. Masak guna ketuhar sahaja dah menjadi. Kalau dah berinti semestinya inti perlu dimasak dahulu.
Resepi asal bahulu berlauk telah dikongsukan oleh Muliadi Rasmli di Facebook. Korang wajib cuba resepi bahulu berlauk ini. Mana tahu boleh buat pendapatan sampingan. Jom kita cuba bersama!
Bahan-Bahan Inti:
- daging 250 gram (daging cincang)
- bahan kisar (bawang merah 6 biji, bawang putih 2 biji, halia 1/2 inci)
- bawang holland 1 biji (dipoting dadu)
- rempah kurma 3 sudu besar
- garam, gula dan perasa
Cara Penyediaan Inti:
- Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.
- Tumis sehingga wangi.
- Masukkan rempah kurma.
- Tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan sedikit air.
- Masukkan bawang holland dan tumis lagi.
- Masukkan daging cincang dan kacau.
- Masukkan garam, gula dan perasa. Ketepikan.
Bahan-Bahan Tepung:
- telur gred B 7 biji
- tepung gandum 100 gram
- gula 5 sudu besar
- esen vanilla 1 sudu kecil
- garam secubit
- sedikit pewarna kuning
Cara Penyediaan Tepung:
- Masukkan telur dalam bekas pukul telur menggunakan stand mixer sampai kembang.
- Kemudian masukkan gula dan esen vanilla serta garam. Pukul lagi bagi sebati dan kembang.
- Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sampai betul-betul kembang. Ketepikan.
Cara Pembuatan Bahulu Berlauk:
- Panaskan oven, ambil bekas atau acuan akok (saya gunakan bekas cup cake).
- Kemudian masukkan tepung separuh acuan.
- Masukkan inti, tutup semula dengan tepung, bakar semula dengan suhu 180 darjah celcius selama 15 ke 20 minit. Gunakan api atas dan bawah bergantung kepada oven.
- Bila dah masak, keluarkan bagi akok rehat dalam 5 ke 8 minit barulah dikeluarkan. Siap!
Dah siap kita punya resepi unik bahulu berlauk ni! Nampak sedap sangat kan? Isi luar gebu dan inti lauk di dalam yang sedap sempurnakan gabungan rasa yang mantap.
Semoga perkongsian bahulu berlauk ini bermanfaat dan selamat menikmati!
Sumber: Muliadi Ramli
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kerabu Sardin Kaw! Suami Puji Sedap Hingga Cakap Boleh Jual