Bahulu merupakan kuih tradisional Melayu yang tak pernah lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Walaupun sudah berabad lamanya namun ia tetap menjadi makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Malah ramai juga rakyat negara lain yang sangat menggemari kuih tradisional ini.
Lazimnya terdapat pelbagai jenis bahulu iaitu bahulu cermai, bahulu gulung dan juga bahulu lapis. Untuk bahulu ini biasanya ianya tiada warna yang berwarna warni. Namun kalau nak buat yang warna warni boleh sahaja. Masukkan sahaja pewarna yang anda suka. Bila mempunyai kepelbagaian warna ini pasti anak-anak suka.
Nak cuba buat Bahulu Cermai warna warni ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Muhamad Muktakim Abdul Karim. Sangat comel, mudah dan pastinya sedap!
Mudah sahaja kan nak buat Bahulu Cermai ini? Kalau warna warni macam ini mesti ramai anak-anak suka punya. Bahulu ini lebih baik jika dibandingkan dengan jajang. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.
Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Baca juga: Cara Buat Kek Brownies Milo Guna Air Fryer, Mudah & Sangat Menyelerakan. Tak Cukup Sebiji!