Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Cara Buat Bengkang Ubi Gula Merah Yang Sedap Lagi Menggiurkan, Sekali Makan Tak Boleh Berhenti

Ini Dia Cara Buat Bengkang Ubi Gula Merah Yang Sedap Lagi Menggiurkan, Sekali Makan Tak Boleh Berhenti

Kategori: ,
resepi bengkang ubi gula merah

Bengkang ubi gula merah merupakan antara makanan tradisi atau orang lama Melayu. Bengkang ubi ini diperbuat daripada ubi kayu yang di parut. Ubi kayu tersebut di campur dengan beberapa bahan lain dan dibakar. Rasanya memang tersangatlah sedap. Kalau tengok sahaja pun dah terliur. Belum lagi makan. Kalau makan confirm tak cukup satu.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 cawan ubi (dah siap parut)
  • 2 cawan gula merah
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 3 helai pandan
  • 2 cawan santan
  • 2 sdb margerin dicairkan
  • 1/4 cawan tepung ubi

*tepung ubi opah tambah sebab endapan pati ubi tu sikit sangat

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ubi diperah, biarkan patinya mendap (airnya buang, patinya diambil ya)
  2. Satukan gula merah, gula pasir, pandan dgn 1 cwn air.. masak sehingga larut
  3. sejukkan, tapis kemudian ketepikan
  4. Dalam mangkuk besar satukan kesemua bahan.. gaul rata hingga sebati
  5. Sediakan loyang, sapu margerin (opah guna loyang 9×9)
  6. Tuang adunan bengkang ke dalam loyang
  7. Bakar selama 1 jam dengan suhu 180 api atas bawah atau sehingga masak mengikut kesusuaian oven masing-masing.

** masa bakar opah tambah 5 minit api bawah sahaja kemudian 10 min api atas

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Mas Cotek

Baca juga: Cara Simple Buat Kuih Ketayap Yang Comel Dan Pastinya Sangat Sedap

tags: |