Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Begini Rupanya Cara Buat Brownies Fudge Tak Perlu Bakar, Mudah Yang Amat!

Begini Rupanya Cara Buat Brownies Fudge Tak Perlu Bakar, Mudah Yang Amat!

Kategori:
Brownies Fudge Tak Perlu Bakar

Rupanya ada cara mudah untuk buat Brownies Fudge tak perlu bakar menggunakan oven. Hanya menggunakan dapur pun boleh dapatkan brownies yang sama macam bakar guna oven. Rasanya tetap lembut dan sama macam yang dibakar. Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti resepi lengkap di bawah.

Begini Rupanya Cara Buat Brownies Fudge Tak Perlu Bakar, Mudah Yang Amat!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1/3 cawan butter
  • 1 cawan & 1/2 cawan tepung gandum
  • 70gm serbuk koko

Cara-cara:

  1. Masak atas dapur menggunakan api perlahan . Masukkan susu cair, gula kastor dan butter.
  2. Bila dah mendidih, masukkan tepung gandum dan serbuk koko dah sudah diayak. Kacau sehingga menjadi seperti dalam gambar.
  3. Masukkan susu cair satu cawan dahulu. Kacau sehingga hilang ketulan tepung. Kemudian masukkan lagi 1 cawan susu cair.
  4. Lapik loyang (7 inci) dengan baking paper. Letakkan adunan tadi dalam loyang dan tekap rata menggunakan cawan.

Bahan topping:

  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan & 5 tbsp dark coklat/milk coklat
  • Almond

Cara-cara:

  1. Double boil semua bahan sehingga cair dan sebati.
  2. Tuangkan ke atas adunan dalam loyang tadi. Ratakan coklat dan taburkan almond.
  3. Sejukkan semalam di dalam peti.
  4. Selamat mencuba.

Kredit: Arianna Kitchen

tags: