Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Bubur Ikan Salmon Yang ‘Viral’ Tu, Memang Sedap Sampai Tak Puas Makan!

Jom Buat Bubur Ikan Salmon Yang ‘Viral’ Tu, Memang Sedap Sampai Tak Puas Makan!

Kategori:
resepi bubur ikan salmon

Ikan Salmon memang sangat baik untuk kesihatan. Selain kaya dengan protein ianya juga mempunyai sumber omega 3 yang baik. Selain daripada dimasak grill, Salmon juga sangat sedap dan sesuai dibuat bubur. Malah kebanyakan Mat Salleh dekat luar negara tu buat Bubur Ikan Salmon macam ni.

Nak cuba buat Bubur Ikan Salmon yang viral ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Sangat mudah dan sedap!

Resepi Bubur Ikan Salmon Yang ‘Viral’, Sedap Dan Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ikan salmon
  • Tulang ikan salmon (kadang kadang boleh dapat murah sangat tapi tulang dia memang banyak nutritions tau)
  • Bawang merah, putih, sikit halia (cincang)
  • Brokoli
  • Batang daun bawang (yang besar gila tu tak tau panggil apa)
  • Garam, gula, sos ikan, lada hitam
  • Daun bawang biasa dan limau (untuk dihidang bersama kalau ada tauge pun sedap )

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus tulang ikan salmon bersama sikit garam dan sos ikan . Kemudian buang tulang ambil isi dari tulang tu kalau masih melekat kat tulang tu jangan buang pula.
  2. Basuh beras. Air beras jangan buang tau basuh muka sikit lepat tu siram pokok.
  3. Masak beras dalam air rebusan ikan salmon tadi. Kalau air tu sikit, tambah air lagi kalau tak tambah tak jadi bubur salmon tapi jadi nasi salmon
  4. Dah nampak beras kita rebus tu dah tukar jadi bubur dan lembik masuk kan la sayur sayur, dan perisa apa yang patut. Kalau kering sangat tambah la air lagi.
  5. Tumis bahan cincang tadi tu masuk kan dalam bubur tu lepas tu gaul.
  6. Potong daun bawang dan makan bersama limau kasturi atau limau nipis. Perah masuk dalam bubur la jangan main gigit je limau tu.
  7. Done! Makan panas panas sedap.

Mudah sahaja kan nak buat Bubur Ikan Salmon ini? Bukan sahaja mudah malah rasanya juga sangat sedap dan menyelerakan. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba buat sekarang!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: May Vo Dyakonov Via MAHN

tags: |